Friday 21 September 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Tahniah 

Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di  Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzain kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah yang berlangsung selepas Zohor semalam. Pada waktu malamnya pula majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan, sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzain pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. 



Laporan asal Daily Mail dan TengkuSyah.Blogspot

No comments: