Friday 14 September 2012

Kehidupan Mangsa Gempa di Yunnan China (foto pilu)

Disumberkan oleh: Blogserius

Manly Tears


Sabtu lalu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter melanda Yunnan Yiliang, China. Setakat ini 80 orang telah disahkan meninggal dunia dan lebih 700 orang lagi tercedera. Ia juga mengakibatkan kehidupan 700,000 warga setempat terjejas kerana gangguan elektrik, air serta kerosakan tempat tinggal. Sejak hampir seminggu lalu mereka tidak menerima bantuan kemanusiaan yang sempurna dari kerajaan pusat dan seperti biasa warga China naik berang. Masih terdapat warga Yunnan Yiliang yang terpaksa bermalam beratapkan bulan dan bintang kerana khemah sementara yang dibawa palang merah tidak mencukupi. Mangsa gempa juga hanya diberi makan ubi keledek dan mee segera. Warga China merasakan adalah sangat memalukan bagi China, kini kuasa ekonomi dunia gagal menyediakan bantuan kemanusiaan yang sempurna buat rakyatnya.

Kami merasakan tak lama lagi mungkin berlaku satu lagi revolusi di China. Sejak dua menjak ini rakyat jelatanya semakin lantang mengkritik kerajaan yang mereka rasakan gemar bermewah-mewah untuk diri sendiri tetapi melupakan rakyat marhaen. Golongan kaya semakin boyot manakala golongan proletariat masih kais pagi makan malam. Kami bersyukur di Malaysia kerajaan kita tidak bermewah-mewah, sederhana, zuhud serta janjinya ditepati. #LULZ!






Laporan asal ChinaSmack

No comments: