Friday 7 September 2012

Samsung ATIV - hibrid tablet & komputer (foto)

Sumber: Blogserius


Percubaan sulung

Samsung Ativ PC ialah percubaan sulung dari Samsung untuk menghasilkan hibrid tablet dan komputer riba berasaskan Windows 8. Seperti yang anda mungkin sedia maklum, Windows 8 ialah sistem operasi pertama Microsoft untuk menselarikan sistem operasi pada komputer, tablet dan telefon pintar. Ini diharap dapat memudahkan pengguna menggunakan kesemua peranti milik mereka kerana penggunaan antaramuka dan sistem yang sama.

Samsung Ativ ialah komputer riba dengan papan kekunci boleh ditanggalkan. Bila ditanggalkan skrin tersebut menjadi sebuah tablet. Terdapat dua versi Ativ PC iaitu versi Ativ biasa dan PRO. Perbezaan di sini ialah penggunaan chip pemproses Intel Atom ataupun Intel i5/i3 dan jumlah RAM. Seperti Samsung Galaxy Note 10.1 , Ativ juga didatangi dengan sebatang stylus bagi memudahkan anda melakar dan menulis secara terus.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran ataupun harga saranan. Kami pernah paparkan Microsoft Surface beberapa bulan yang lalu dan kami agak teruja dengan konsep tablet menggunakan sistem operasi selaras dengan PC kami. Adakah ianya mampu mengubah lanskap dan pasaran tablet? Kami tidak tahu tapi jika kami mendapat review unit kami akan cuba lakukan ulasan yang penuh diWWW.AMANZ.MY kelak.




Laporan asal Samsung

No comments: