Saturday 22 September 2012

Monumen Terbesar Afrika di Senegal (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


The Monument to African Renaissance

The Monument to African Renaissance ialah monumen gergasi setinggi 49 meter yang terletak di ibu negara Senegal, Dakar. Ianya siap dibina pada tahun 2010, tepat pada ulang tahun ke-50 kemerdekaan Senegal dari negara Perancis. Monumen ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade

Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaan USD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialah USD 1,000 setahun

Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelek" beliau. Selain daripada itu, pembinaan patung gergasi ini juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal di mana 94% rakyatnya adalah beragama Islam. Pihak Imans menegaskan patung gergasi tidak menutup aurat ini sangatlah tidak syaria compliant. 



 

Laporan asal Kuriositas

No comments: