Tuesday 11 September 2012

Pesawat Airbus Tahun 2050 (Gambar konsep)

Dipetik daripada: Blogserius

Masa depan penerbangan


Airbus hari ini memperlihatkan konsep pesawat penumpang mereka menjelang tahun 2050. Pesawat baru ini mempunyai rekabentuk yang berbeza dari bentuk pesawat zaman sekarang. Paling ketara ialah konfigurasi ekor, horizontal stabiliser dan enjin yang radikal. 

Sekali pandang konsep Airbus ini mempunyai rekaan seakan DeHaviland Comet, pesawat penumpang jet pertama dunia. Antara perubahan radikal lain konsep Airbus ini ialah ia menggunakan sistem catapult yang digunakan kapal pengangkut kapal terbang Amerika Syarikat. Menurut Airbus penggunaan sistem catapult akan membuatkan pesawat akan datang menggunakan landasan lebih pendek untuk terbang. Ia juga mengurangkan wear and tear yang berlaku apabila enjin pesawat digunakan pada maximum thrust untuk terbang ke udara. 

Konsep yang nice tetapi mungkin terlalu radikal. Kita lihat sahaja sama ada konsep ini akan menjadi realiti atau tidak menjelang tahun 2050 nanti!





Laporan asal EnGadget


No comments: