Wednesday 12 September 2012

Amalan Laga Anjing di Kazakhstan (foto sadis)

Dipetik daripada: Blogserius


Kejam! Barbarik!

Di Malaysia kita ada budaya melaga ayam yang kami difahamkan kini sudahpun diharamkan oleh kerajaan. Ayam sabung ditajamkan tajinya dan ada juga taji digantikan dengan kaca yang diikat. Kali terakhir kami nampak perlawanan sabung ayam ialah 20 tahun yang lalu di Kedah. Kami ingin percaya amalan perjudian yang barbaric ini sudah pupus tetapi kita semua tahu somewhere ada nakharom yang masih melakukannya.

Di Kazakhstan terdapat budaya melagakan anjing yang diamalkan masyarakat luar bandar. Budaya melagakan anjing ini sudah wujud beratus tahun lamanya sebagai pentas untuk menunjukkan siapa yang mempunyai anjing perang yang paling bontot jahat. Anjing dari baka Wolfhound dibela dan kemudian dilagakan untuk tujuan perjudian. Di Kazakhstan melagakan anjing dilarang tetapi tiada undang-undang rasmi mengharamkan aktiviti kejam ini. Gambar di bawah diambil oleh Maxim Zolotukhin di sebuah gelanggang laga anjing yang terletak 15 kilometer dari Almaty.

Anjing ditimbang sebelum dilagakan mengikut kelas-kelas tertentu. Terdapat dua jenis laga anjing di sini. Pertama ialah laga sehingga salah seekor anjing mengalah dan satu lagi melagakan sehingga seekor anjing lagi mati dibaham. Apabila anjing enggan bergaduh batang kayu digunakan bagi membuatkan anjing yang sepatutnya berlaga menjadi agresif dan menggigit. Kemenangan dicatatkan apabila salah seekor anjing yang berlaga cuba melarikan diri, tidak mampu lagi bergaduh atau menjadi submissif kepada anjing yang menyerang.

Walaupun laga anjing ini barbarik, pihak penganjur menyediakan khidmat veterinar bagi merawat kecederaan yang dialami anjing peserta. Menurut vaterinar yang ditemuramah, anjing yang cedera boleh kembali berlaga seminggu selepas itu.

Kami berharap kerajaan Kazakhstan dapat meniru kerajaan Malaysia di dalam mengharamkan amalan laga anjing di kalangan penduduk luar bandar Kazakhstan. Kita dua negara yang bakal berbesan. Ada baiknya kita mempunyai shared value yang kompatibel. 







Laporan asal VoxPopuli

No comments: