Monday 17 September 2012

Chopsticks

Berdasarkan sebuah laporan di ChinaSmack, pada bulan April yang lepas, para pekerja di kilang yang menghasil dan menjual chopsticks pakai-buang telah mendedahkan kaedah serta proses yang digunapakai bagi menghasilkan chopsticks - iaitu dengan menggunakan industrial paraffin wax (lilin paraffin) dan industrial talc (bedak).

Kilang-kilang yang terlibat kemudiannya diserbu pihak berkuasa di dalam satu operasi bersepadu antara Jabatan Perdagangan dan Industri, Kawalan Kualiti, Keselamatan Awam serta Jabatan Keselamatan Makanan dan Perubatan Daerah Rongan, Provinsi Guangxi. Tiga buah syarikat telah diperiksa kerana disyaki menggunakan sulfur industri, lilin paraffin industri dan bedak, selain pelbagai bahan berbahaya lain di dalam penghasilan chopsticks pakai buang. Semasa serbuan itu juga, sejumlah besar rampasan chopsticks yang tercemar dengan bahan kimia merbahaya turut dilakukan.

Belahan-belahan kecil buluh merupakan bahan asas bagi penghasilan chopsticks pakai buang. Siasatan mendapati buluh-buluh yang dibelah kecil ini kemudiannya direndam di dalam kolam yang berisi larutan asid sulfurik. Penggunaan bahan kimia merbahaya di dalam penghasilan chopsticks ini diperkuatkan lagi dengan penemuan guni-guni yang berisi sulfur industri dan bedak industri.






No comments: