Tuesday 5 June 2012

Apabila pekerja pembersihan lapangan terbang buat mogok (foto amukan)

Semalam saya dah cerita tentang sampah, dan hari ini kita sambung sikit lagi cerita yang lebih kurang berkait dengan sampah iaitu mogok yang dilancarkan oleh para pekerja pembersihan di lapangan terbang di Sepanyol.


Damn!

Ekonomi Sepanyol adalah antara yang merudum teruk kerana krisis Kesatuan Eropah. Seperti Greece, kerajan melakukan beberapa langkah bagi menstabilkan semula ekonomi. Antara langkah yang diambil ialah pengurangan gaji pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Barcelona. Akibatnya, golongan pekerja menjadi amat berang kerana kefakapan pihak pemodal yang merosakkan ekonomi yang akhirnya menyebabkan periuk nasi mereka pula terjejas. Ini sungguh tidak adil. Bank dapat bailout dari pihak pemerintah tetapi golongan proletariat yang terpaksa menanggung kesusahan. Sebagai tanda protes pekerja pembersihan "menghiasi" lapangan terbang Barcelona dengan sampah dan enggan membersihkannya.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai, dari: blogserius (Laporan asal: REUTERS/Albert Gea)




No comments: