Saturday 9 June 2012

Masjid Djenné Di Mali : Masjid Diperbuat Dari Lumpur Dan Jerami (Foto menarik)

Artikel 'copy n paste', sumber: blogserius, dengan penambahbaikan.


One of the kind...

Bila bercakap pasal masjid kita akan terus nampak kubah besar dan menara muazzin. Ini ialah rupa reka lazim masjid-masjid di seluruh dunia. Masjid Djenné yang terletak di Djenné, Negara Mali bagaimanapun tidak kelihatan seperti masjid yang biasa, menjadikannya kelihatan sangat unik.

Mula dibina pada kurun ke 13, masjid ini telah melalui pelbagai proses pembesaran di bawah pemerintahan Sultan Mali. Sebelum beliau memeluk Islam, Masjid Djenné merupakan istana beliau. Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru yang terletak bersebelahan. Selepas beberapa ratus tahun Masjid tersebut mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75 x 75 meter. Paling unik, ianya dibina sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggil FEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenné ialah bangunan diperbuat daripada lumpur terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.

Apa yang menarik bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit di atas kubah, Masjid Djenné, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenné enggan merubah atau mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.

Di bawah ialah beberapa gambar Masjid Djenné yang aku jumpa melalui Google. Enjoice!





Laporan asal Wiki Picasa Steve dan Enviro Grafitti

No comments: