Tuesday 17 February 2009

Majlis Cukur Kepala

Assalamualaikum,

Sukacita kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga oxford (maaf, kerana jemputan tidak melibatkan semua) di atas kesudian anda dan keluarga melapangkan masa menghadiri majlis cukur kepala anak perempuan kami Ahad yang sudah.

Ramai orang 'di balik tabir' yang telah bersusah-payah dan bertungkus-lumus membantu meringankan bebanan kami sekeluarga sebelum, semasa dan sesuah majlis tersebut. Ada yang datang awal sehari menyiapkan bahan-bahan masakan, datang awal pagi sebelum majlis untuk memasak dan siapkan tempat etc, hanya doa kepada Allah bagi kesejahteraan anda sekeluarga jualah yang mampu kami panjangkan. Amin.

Dan kepada jemputan yang datang dengan buah tangan serta hadiah (yang pelbagai) tu, doa kami agar Allah rahmati anda dan keluarga.

Di sebalik penganjuran majlis yang serba ringkas dan juga mungkin tidak teratur (pertama kali sebenarnya kami anjurkan di rumah kami), dan pertama kali juga merasai pengalaman cukur rambut bayi, segala kekurangan, ketidakpuashatian para hadirin pada hari itu, (tempat sempit, bising, panas, makan tak kena citarasa etc) kami sekelurga menyusun jari meminta maaf.

Secara pribadi, saya belajar sesuatu yang berharga "Sesungguhnya ramai yang prihatin dan sanggup membantu sesama kita di oxford ini, janganlah terlalu segan atau tebal muka untuk meminta pertolongan sebab mana yang termampu, insya-Allah orang akan tolong kita, dan dengan kudrat yang ada juga, kita hendaklah tolong rakan yang lain pula".

Inilah antara pengalaman yang indah untuk kami kenang ketika tinggal di UK, dan untuk terus diingati bila tamat belajar dan pulang berkhidmat di tanah air kelak.

Doa balas kami buat semua hadirin:


"Semoga Allah juga memberkatimu dan melimpahkan kebahagiaan buatmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebalik-baik balasan, mengurniakan kepadamu sepertinya dan melipatgandakan pahalamu". (Lihat Al-Adzkar, karya An-Nawawi, hal.349, dan Sahih Al-Adzkar Nawawi oleh Salim Al-Hilali 2/713)

Wassalam.

No comments: