Sumber: SINI
1) Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor.
Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.
2) Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat.
2) Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat.
Meskipun media yang dikawal BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.
3) Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak.

Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.
4) Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati.
4) Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati.
Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.
5) Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap.

Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.
6) Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri.

Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".
7) Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali.
7) Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali.
Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya.
---------------------------------
Tiada nota kaki.
3 comments:
sukar untuk pas menawan terengganu,umno bertelagah peringkat pemimpin saja rakyat majoriti sokong umno.P.Pinang mintak mahap la gerakan DAP tetep unggul. Kedah masih boleh di pertahankan, cuma ada 2@3 kerusi yang kena letak calon yang betoi cth dun K. Nerang.Selangor sengit, Perak pas cuma perlu undi Melayu lebih pada dulu..
Terima kasih atas perkongsian pendapat.
Isu ini? Suka saya merujuk kembali posting yang saya terbitkan di blog ini tidak lama dahulu - mengenai di manakah barisan kabinet bayangan pihak Pakatan?
Kerana tiada MP Pakatan yang "berlagak" sebagai Pak Menteri Bayangan inilah, berbelas PRK diharungi pun hanya tertumpu kepada isu-isu picisan mengenai sejarah lampau calon, kupasan dan "ulang-tayang" isu berskala nasional yang sukar dihadam orang kampung, orang Felda, etc. (senang cerita orang yang tidak ambil kisah dengan media alternatif/internet)
Selagi tidak muncul Kabinet Bayangan, dengan MP tertentu memegang "portfolio" tertentu, agak susah untuk saya secara peribadi yakin adanya jaminan terhadap kerjasama jangka panjang antara PKR-DAP-PAS ini.
Akhirnya, apabila muncul sesuatu isu, ia gagal dikupas oleh MP Pakatan kerana semua berebut nak menjadi jaguh. Akhirnya, nampak sangat menjawab seperti orang yang tidak study the issue atau lack of homework.
Saya nak la jugak tengok dalam kempen PRK dan PRU, ada Menteri Bayangan yang akan membahaskan secara khusus isu/kelemahan berkaitan kementerian yang di bawah Menteri "Sebenar".
Baru nampak adanya kualiti dan dari itu terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kemampuan Pakatan. Bukannya berterusan mengulang-tayang modal yang sama setiap kali berkempen!
Sekadar pandangan.
Post a Comment