Sumber: SINI
3 kategori pengundi Melayu
Pada hakikatnya, pengundi Melayu yang menolak BN dalam PRU ke-12 mungkin boleh terbahagi kepada tiga kategori:
Pertama, pengundi muda yang mendahagakan politik baru; Kedua, pegundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, berubah-ubah dasarnya, dan kepimpinan yang tidak terserlah; Ketiga, mereka yang tidak mendapat sumber dalam UMNO, atau mereka yang mahu menjatuhkan sekta Abdullah untuk mengolak selangkah ke atas tangga dalam UMNO.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi berundur, pengundi kategori kedua hilang alasan untuk terus menyokong PR. Pengundi kategori ketiga pula, mungkin telah menyesal sebaik sahaja keputusan PRU ke-12 diumumkan. Mereka mungkin menyesal kerana "hukuman yang dijatuhkan" terlalu berat sehingga UMNO kehilangan kuasa di Selangor yang kaya dengan sumber, malah menggugat kuasa kerajaan persekutuan. Projek mega yang digerakkan Najib menandakan lebih banyak sumber yang bakal diagihkan kepada anggota dalam parti. Oleh itu, kembalinya sokongan kepada BN dari pengundi kategori ketiga kelihatan sudah menjadi satu kemestian.
Pengundi muda kategori pertama masih tidak jelas kecenderungannya. Sebahagian pengundi dalam kategori ini mungkin telah menjadi, dan akan terus menjadi asas sokongan PR. Namun, mereka yang menaruh harapan tinggi terhadap politik baru juga mungkin lebih mudah kecewa terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR (terutamanya PKR), dan berputus asa untuk menyokong PR.
Namun pengundi kategori ini tetap harapan terakhir untuk PR. Seandainya PR tidak mahu ranap sepenuhnya dalam PRU akan datang, maka PR perlu menumpukan tenaganya untuk menjangkau pengundi kategori ini (pengundi muda Melayu) - selain kedua-dua parti pembangkang yang lama, PAS dan DAP yang perlu mengukuhkan asas sokongan masing-masing. Apa yang menarik, gerak geri BN baru-baru ini turut menyasarkan pengundi kategori ini.
No comments:
Post a Comment