4.2.2011
1) Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Mawaddah yang ke-2. Kami berdua telah sepakat bahawa untuk hari ini (sahaja) kami gelarkan 'hari tanpa marah' disebalik apa jua perlakuan dan kenakalannya.
Jika hari-hari sebelumnya, selepas meluahkan makanan ke atas karpet, meja dan kain-baju, kami akan 'menasihatkan' beliau dengan tegas agar tidak berkelakuan begitu kerana nanti tidak lagi jadi 'good girl'.
Hari ini pula, macam tau-tau sahaja, tambah mengada-ngada pulak dia. Apapun, adillah untuk beri kelonggaran kepadanya bersempena hari yang istimewa ini.
Tengok sampai terteleng....nak try ke?
Kacau, kacau, kacau...
Cuit, cuit, cuit...
Rase, rase,rase.....yummmm
Dia memang suka kalau bab buat seni kreatif ni
Tidaklah susah sangat nak buat, sebenarnya
2) Sebelum bermula solat Jumaat di Oxford Central Masjid tengah hari tadi, Imam (Maulana Munir) sempat mengumumkan kehadiran Menteri Besar 'salah sebuah negeri di Malaysia' untuk bersama-sama bersolat Jumaat di sini.
Saya tengoklah hamba Allah yang bangun dan berjalan ke saf depan sekali setelah diperkenalkan (saya dah tahu pun sebelum tu). Beliau adalah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Saya hanya memerhati dari jauh tapi OK-lah sebab sebelum inipun saya tidak pernah lihat beliau secara berdepan/live.
Saya hanya memerhati dari jauh tapi OK-lah sebab sebelum inipun saya tidak pernah lihat beliau secara berdepan/live.
Beberapa hari sebelum itu, TP Kelab UMNO Oxford (@OxfordMalaysian) ada mengutus email berkenaan kunjungan MB Selangor ke Oxford bagi bertemu dengan komuniti Malaysia yang berada di sini.
Selain bertemu dengan warga Malaysia, kedatangan beliau juga dimanfaatkan dengan berkunjung ke OXCIS (Oxford Centre for Islamic Studies) yang masih dalam pembinaan (setelah 13 tahun belum siap-siap lagi).
Saya pula seperti biasa tidak berkelapangan untuk meluangkan masa. Tetapi adalah beberapa kenalan yang sempat bersama-sama meraikan kunjungan beliau di Restoran Aziz, Cowley Road.
No comments:
Post a Comment