Monday 14 February 2011

Kita sebenarnya bertuah......

SEANDAINYA anda mempunyai makanan di dalam peti ais, pakaian untuk menutup badan, bumbung untuk melindungi anda dan ada tempat untuk tidur:

Anda sebenarnya lebih kaya berbanding 75% orang di dunia ini.

SEANDAINYA anda memiliki wang di dalam bank, dompet dan sedikit wang saku:

Anda termasuk di kalangan 8% teratas penduduk dunia yang kaya.

SEANDAINYA anda bangkit dari tidur pagi ini dalam keadaan masih sihat dan tiada sakit:

Anda sebenarnya lebih diberkati berbanding 1 juta orang yang 'tidak sempat' mengharungi minggu ini.

SEANDAINYA anda tidak pernah berdepan dengan bahaya peperangan, dipenjara atau didera atau berdepan dengan krisis kebuluran:

Anda adalah lebih bernasib baik berbanding 500 juta orang hidup dan menderita (melarat ini).

SEANDAINYA anda masih boleh membaca posting saya ini:

Anda sebenarnya jauh bernasib baik berbanding 3 bilion orang di dunia ini yang langsung buta huruf!

{sumber: chan4chan.com}

No comments: