Saturday, 5 February 2011

Keluar jalan-jalan - Oxford

Memandangkan Mawaddah mula menunjukkan minat terhadap potty training, pagi ini kami telah meluangkan sedikit masa keluar ke bandar - ke Argos mendapatkan Potty yang sesuai untuknya.

 Hujan renyai-renyai, mujur dapat parking kat Broad St. (selalunya tiada harapanlah)

 Orang rumah pun ikut jugak

 Budak yang nak dapat potty pun ikut....



 Singgah di Boswell (telah berada di Oxford sejak 1738) mencari tudung saji

 Sejuk dan hujan tidak menghalang orang untuk keluar

 Inilah potty yang tengah sale - 'mamu'.

Ini pula 'drawing easel' - hadiah birthday dia

Ini hadiah percuma dari Argos, setelah ditukar ianya handphone 'Mimo' yang benar-benar berfungsi...ingatkan 'remote aircond'.

Cuaca masih suram, mendung, sejuk dan basah. Setelah sekian lama (jadi pengkritik), akhirnya pagi tadi saya berkesempatan menunjukkan skill memasak dengan menu semasa hidup bujang dulu-dulu disajikan kepada orang rumah. 

Tengok dalam periuk, dah habis licin!

No comments: