Thursday 10 February 2011

Komunis sudah bawa kapitalis

Komunis China telah datang ke Afrika, datang membawa sistem kapitalis bersama mereka. 

Sumber: pada foto

Menurut Akhbar i (i, 8 Feb 2011, p.28), dianggarkan  1,000,000 orang China berada di Afrika dan mereka ini menguasai empayar perniagaan rentas benua, yang telah membawa kesan dan cabaran kepada Empayar British di benua Afrika.

China telah mengangkut keluar pelbagai sumber dan bahan mentah dari benua Afrika (dianggarkan 1,000,000 gelen minyak/hari dieksport China dari negara Angola sahaja!).

Dan sebagai 'balasan' kepada urusniaga yang amat menguntungkan ini, China telah membina kemudahan infrastruktur - jalan raya, laluan keretapi dan pusat membeli belah (shopping mall) terbesar di Afrika, terletak di ibu negara Angola, Luanda.

 Sumber: pada foto

Menurut wartawan yang membuat liputan, Justin Rowlatt, tidak semua warga Afrika merasa gembira di sebalik pelaburan bernilai $100,000,000,000 dengan China ini.

Ini kerana China tidak menggunakan ramai buruh tempatan di samping menunjukkan sokongan terhadap tyrant (diktator) seperti Robert Mogabe (Zimbabwe).

Selain itu, 'kegilaan' mereka (China) terhadap sumber gading, dan lain-lain bahagian haiwan dilihat berpotensi membawa kepupusan spesis haiwan seperti gajah dan harimau/singa secara jangka panjang jika tidak dipantau.

Dokumentari menarik bertajuk "The Chinese Are Coming - part 1" terbitan BBC2 boleh anda layari dengan klik pautan BBC iPlayer berikut: KLIK

Moga beroleh manfaat!

No comments: