Thursday 24 December 2009

Jalan-jalan di Jalan Masjid India, KL

Berkunjung ke kawasan sesak terutama di sekitar Jalan TAR dan Masjid India bukanlah suatu kelaziman bagi saya.

Saya sememangnya tidak gemar memandu, mencari tempat letak kereta dan berjalan-jalan apabila berkunjung ke tempat yang saya kurang tahu, dan di masa yang sama amat sesak dengan kenderaan dan orang.

Namun, pagi tadi selepas menemani isteri ke Ibu pejabat JKR di Menara Tun Dr Ismail dan kemudiannya ke CIDB di Grand Seasons Avenue, kami mengambil risiko untuk ke tempat sibuk bagi mencari sedikit barang keperluan.

Hajat asal saya ialah ingin mendapatkan seutas tali pinggang (kulit) yang baru dan melihat-lihat jika ada jam tangan yang murah (dan boleh lupus), seperti jam tangan Mont Blanc, Longines, paling tidak pun Breitling atau Armani.

Lalu, selepas memuaskan hati orang rumah dengan pilihan tudung-tudung kegemaran beliau, saya mengajaknya ke bazar berbumbung Jalan Masjid India.

Banyak barang berjenama yang dilelong pada harga yang amat murah. Lihat sajalah tas tangan LV, Prada, Coach, Gucci, Bonia, D&G, Burberry yang kesemuanya direkabentuk seakan yang mahal, tetapi menepati selera golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.

Rasanya jenama seperti LV, Coach dan Gucci adalah yang paling 'menderita' akibat penghasilan dan lambakan produk palsu yang berleluasa di sekitar KL dan bandar-bandar lain di Malaysia.

Manakala jam berjenama seperti Mont Blanc, Tissot, Rolex, Breitling pula ditawarkan pada harga di antara RM30 hingga RM50, mengikut rekabentuk yang biasa hingga yang 'terbaru'.

Namun, sebagai salah seorang penggila jam, memegang sahaja sudah tahu akan kekurangan pada produk 'tiruan' ini. Tambahan pula kerja tangan si penirunya masih kurang memuaskan (lambang senget, ada lebihan gam pada nombor, terlalu ringan dan cat 'silver' yang mudah lekang, etc).

Jenama Adidas, Puma, Nike? Maaf kata-lah, saya nampak seperti sudah tiada harga dan keistimewaan lagi dah.

Selepas tidak mendapat jam yang memuaskan hati, kami meninjau-ninjau pula gerai-gerai lain di sekitarnya. Rezeki kami baik.

Adalah 1 pakcik itu yang menjual barangan antik - termasuklah matawang lama yang sememangnya menjadi kegemaran saya dan isteri.

Lantas tanpa teragak-agak, beberapa matawang lama telah kami beli (murah kalau dikira dalam RM). Kami beli bukan kerana ingin untung, tetapi kami beli kerana nilai sejarah dan nostalgia berkait dengan matawang itu.

Saya beli sebab saya belum pernah lihat matawang kertas ini, sebelum ini

Periksa dahulu ketulenan setiap wang yang ingin dibeli (kepala harimau dan garisan)

Wang ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co. di England (Surrey)

Wang ini juga ada wajah kepala harimau (macam ikon Singapura), ada tulisan Jawi 'satu ringgit' dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd, London.

Tandatangan oleh 'Chairman of the Commission' bertarikh sebelum merdeka, 1st July 1941

Sah diperlakukan di negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu

Duit daun pisang yang digunakan pada zaman pemerintahan Jepun

Entah apa yang boleh dibeli dengan 10 dollar wang ini pada zaman tersebut

Ini duit syiling bernilai 2 1/2 sen bertarikh 1903

Sudah berusia 106 tahun

Biarlah kami tidak berkira untuk membelinya hari ini, asalkan barang lama ini dapat kami pelihara, jaga dan diwariskan untuk tatapan anak-cucu dan generasi yang akan datang.

Mungkin selepas ini kami akan berkesempatan untuk menambah koleksi ini, atau mungkin juga ianya makin sukar didapati, atau mungkin juga akan bertambah tinggi nilai dan harganya hingga di luar kemampuan kami.

4 comments:

Faizal said...

wah...
wang ketas lame!!!
bape en. syam beli nih???

Dr. Sepet said...

Duit RM1 tu berharga RM18, Yang wang kertas Malaya tu RM40, duit 'daun pisang tu masing-masing RM10 dan syiling 2 1/2 sen north borneo tu RM20.

Kalau awak memang ada minat, memang berbaloi mengumpulnya. Sebab saya memang akan frame-kan semua koleksi dan letakkan pada dinding.

Banyak lagi matawang lama malaya dengan ejaan lama seperti SA-PULOH RINGGIT selain duit yang telah ditamatkan perkhidmatan seperti RM20, RM200, RM500 dan RM1000 (kot)

Unknown said...

murah sangat..hmm..sya ada duit 1dolar malaysia dengan 5 nombor berturut..nombor 3 akhir 047,048,049,050,051.ada pengumpul yg nak 1 kping 30k

Unknown said...

berminat sila email amerloqman19@gmail.com