Oleh: jinbukitridan
Cheritera Luncai Dengan Labu-Labunya
Sebenarnya bukan Pak Kaduk tidak tahu hasrat bekas bosnya itu tapi sengaja memekakkan telinga kerana dia ada strateginya sendiri.Dia ingin menaikkan kroninya ke dalam Ahli Majlis Parti Luncai.Diapun takut kalau-kalau Lebai Malang cuba melawannya dalam Pemilihan Agung nanti.Mat Jenin,anak kesayangannya yang baru habis mengaji di negeri Job Bus juga bercita-cita tinggi.Masih terngiang-ngiang ditelinganya Mat Jenin merayu-rayu padanya untuk menjadi Ketua Belia Alam Buana dan dia telahpun bersetuju cuma menunggu masa yang sesuai.Baginya Mat Jenin Penting kerana helahnya bernas dan berwawasan.
Pak Malau lebih suka Lebai Malang yang menjadi ketua kampung kerana sudah kenal benar dengannya.Lagipun dia dengan ayah Lebai Malang kedua-duanya bekas ketua kampung dan Lebai Malang sudah menjadi pengikut setianya puluhan tahun.Dia kenal benar hati budi Lebai Malang yang mudah diperkudakannya.Diapun tahu dalam diam Lebai Malang sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi ketua kampung merangkap Pengerusi Parti Luncai.Maka dalam diam-diam dia dan Lebai Malang mengatur strategi. Juak-juak mereka disuruh bersiap sedia kerana fikirnya Pak Kaduk dan Mat Jenin akan jatuh tersungkur bila-bila masa dan Lebai Malanglah penggantinya.
Apa yang memeningkan kepala Pak Malau ialah bila Pak Pandir, seoarang anak muda dan bekas ahli Parti Mata mula kacau daun.Pak Pandir mungumumkan menyertai Parti Luncai sebaik sahaja dia keluar dari parti itu.Pak Malau tahu Pak Pandir ada strategi sulit untuk mendapatkan kuasa.Baginya Pak Pandir bukanlah se'pandir' namanya dan dia sendiri pernah hampir kehilangan kuasa angkara Pak Pandir dan juak-juaknya dulu.Lagipun dia takut kalau-kalau Pak Kaduk menggunakan isu kemasukan Pak Pandir ini sebagai peristawa besar-besaran hingga menenggelamkan kisah dia keluar daripada Parti Luncai.Kalau itu berlaku rosaklah strategi yang diaturnya bersama Lebai Malang. Lebai Malang yang memburu kuasa makin tercabar dengan kehadiran Pak Pandir.
Jenuhlah dia memikir sempatkah dia manjadi ketua kampung yang diidam-idamkannya.Jauh di sudut hatinya ingin saja dia menyuruh Pak kaduk meletakkan jawatan dengan alasan Parti Luncai sudah mula kehilangan kuasa semenjak dipimpinnya,tapi Lebai Malang takut menyuarakan secara terang -terangan kerana segala rahsia silamnyanya di dalam tangan Pak Kaduk.Kalau rahsia ini dipecahkan oleh Pak Kaduk jangankan hendak berkuasa silap-silap gaya dia akan dihalau dari kampung.Mahu tidak mahu terpaksalah dia berpura-pura menyokong bosnya itu sambil Pak Malau dan saki-baki juak-juaknya dalam Parti Luncai mengatur strategi.
Tidak sampai tiga purnama selepas Pak Malau keluar parti maka berlakulah satu peristiwa yang sangat menjerut hati Pak Malau dan Lebai Malang.Bukan mereka berdua saja yang terkejut malah Pak Kaduk dan Mat jenin juga hampir pengsan mendengar khabar beritanya.
'41 orang AJK Parti Luncai keluar parti beramai-ramai' kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan parti kata mereka.Gamat seluruh Alam Buana jadinya.Penduduk kampung bersorak gembira kerana Parti Luncai sudah hilang kuasanya.Penduduk kampung yang memang sudah tidak tahan dengan penindasan Parti Luncai berkenduri 40 hari 40 malam apabila Parti Tok Janggut yang mereka tahu lebih adil dan amanah mengambil alih kuasa.Memang itulah yang mereka harap-harapkan selama ini tapi oleh kerana kebijakan Parti Luncai menipu semasa pilihanraya kampung kemenangan Parti Tok Janggut di nafikan dengan berbagai cara.
No comments:
Post a Comment