Sunday 1 June 2008

Tahniah Buat Semua Pelajar 3DDN

ASSALAMUALAIKUM,

Uuuuhhhh, agak lama Dr Sepet tidak menulis di blog ini, mungkin terlalu sibuk (buat benda lain). Tapi akan ada beberapa paparan kisah baru yang mungkin menarik untuk dibaca selepas ini. Apa dia? kenalah tunggu dulu.

Hari ni ada lagi kisah gempa bumi, banyak sungguh di benua Asia akhir-akhir ini. Dengan masalah China yang belum kebah dengan masalah selepas gempa, begitu juga dengan penderitaan mangsa Nargis di Burma, kini di Filipina pula.... Sama-samalah kita doa agar negara kita terhindar dari sebarang bencana dan kemelaratan hidup.

Apapun, di sini Dr Sepet ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada semua para pelajar 3DDN (batch pertama Diploma PBW di UTMKL) yang bakal bergelar graduan Ogos nanti (ye ke?). Mana-mana yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di Skudai, sekali lagi tahniah, kepada yang rasa dah 'penat' belajar dan nak bekerja pula, diucapkan semoga berjaya di alam pekerjaan dan praktikkan ilmu yang dipelajari dan yang paling penting, elakkan RASUAH kerana setiap hasil yang haram akan menjadi makanan api neraka (sebagai renungan bersama).

Biar orang kata ada wang cukup-cukup makan, tetapi berkat, dan benda yang berkat itu gunakanlah untuk membantu ibubapa dan adik-adik. Insyallah Allah akan bantu kita yang sentiasa bersyukur dengan ujian dan rahmat yang diberi.

Kat UK ni, patut cuaca jadi agak panas, maklumlah dah nak masuk Summer, tapi 1-2 minggu ni asyik hujan saja, boleh kira berapa hari yang panas. Agak kurang selesa bagi Dr Sepet, sebab dahlah mata sepet, sejuk pula, memang rasa nak tidur saja..huhu.

Apapun tahniah sekali lagi dan kenanglah jasa orang-orang yang menyumbang kepada kejayaan anda itu. Allah bantu kita semua.

Wassalam.

1 comment:

madiah said...

pada long n kak huda..happy 1st anniversary. hope both of u live happily ever after..hehe