Gagal!
Beberapa tahun yang lalu kami gemar menonton siri TV Future Weaponsdi Discovery Channel. Antara senjata terkini yang dipaparkan di dalam rancangan ini ialah Expeditionary Fighthing Vehicle (EFV) yang dibangunkan untuk kegunaan askar Marin Amerika Syarikat. EFV dikatakan lebih pantas, mempunyai sistem senjata, pertahanan dan kemampuan yang lebih baik dari kenderaan amfibia yang digunakan oleh tentera marin sejak 1972. Pendek kata EFV akan menjadikan tentera Marin USA tentera marin yang paling berteknologi canggih berbanding tentera lain yang masih menggunakan kenderaan berusia 40 tahun.
Malangnya EFV kini dimasukkan kedalam buku antara kenderaan paling gagal yang dibiayai wang cukai rakyat Amerika Syarikat. Selepas membelanjakan lebih dari USD 3 billion projek ini dibatalkan pada tahun 2011. Projek ini dimulakan pada tahun 1993 selepas melihat kelemahan yang ada pada kenderaan amfibia AAV 7A1 ketika Perang Teluk Pertama. Ianya tidak cukup pantas, tidak dilengkapi senjata untuk menentang kenderaan infantri dan tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik. Kenderaan baru perlu bagi menjamin keselamatan askar yang dibawa.
Pada tahun 2003 EFV mula direka oleh General Dynamics. Selepas menyedari masalah serangan bom jalanan serta RPG milik "pengganas", rekaan EFV diolah semula dan prototaip hanya dihasilkan pada tahun 2010, 7 tahun selepas program dimulakan. Pada waktu ini beberapa masalah mula timbul seperti kos yang meningkat naik , kelewatan penghasilan prototaip dan kemamapuan protaip yang mengecewakan.
EFV sepatutnya bergerak pada kelajuan 45 kilometer sejam di dalam air. Tetapi ketika percubaan dilakukan ia tidak mampu mencecah kelajuan ini. Enjin yang lebih berkuasa diletakkan tetapi ini menambah berat dan menyukarkan pengapungan pula. Apabila armor anti serangan RPG dan IED dipasang berat semakin bertambah dan kelajuan bergerak di atas darat pula berkurangan. Satu demi satu masalah baru timbul dan akhirnya selepas terlalu banyak kegagalan projek ini dihentikan pada tahun 2011.
Program EFV yang gagal kini digantikan pula oleh program Amphibious Fighthing Vehicle pula pada tahun yang sama. Sehingga kini tiada syarikat yang mampu menghasilkan rekaan alternatif yang boleh memenuhi kehendak pihak tetera. Ini menunjukkan dalam hal pembaziran budget ketenteraan, Amerika Syarikat paling champion!
Laporan asal Wikipedia

No comments:
Post a Comment