Hanya Kerana RM2...
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my
TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.
Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.
Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.
Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.
“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.
“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.
======Ya Allah, engkau bantulah anak-anak ini. Engkau selamatkanlah anak-anak ini. Berikan mereka peluang untuk membesar dalam suasana yang baik. Tunjukkanlah kepada anak-anak ini jalan kejayaan dan jalan-jalan orang yang Soleh dan Solehah.
Tiada daya padaku Ya Allah, melainkan doa kepadaMu. Engkau lindungi dan kuatkan hati dan semangat anak-anak kecil ini Ya Allah.
-aku yang berlinangan air mata saat ini-
1 comment:
salam en hisyam.. maaf sebab lamba bgtau pasal dr tetsu.. kat rumah ssh nk on9.. hee... dr tetsu dah tamat kontrak keje kat utm.. so, die balik keje kat jepun..
Post a Comment