Berita ini baru sampai ke pengetahuan saya. Agak mengejutkan kerana saya sangka FAB dan UTM khususnya akan berminat untuk menyambung kontrak (Dr. Haji Mohammad) Tetsu Kubota sebagai penyarah UTM (foreign academician / researcher).
Saya mengenai Tetsu seawal dari kehadiran beliau ke UTM (5 tahun yang sudah) dan kami sering bertemu setiap kali waktu solat zohor dan asar di Masjid UTM. Memperoleh PhD pada usia 28tahun membuatkan saya dan rakan-rakan post-grad ketika itu begitu kagum dengan istiqamah beliau dalam mendalami sesuatu bidang ilmu.
Sepanjang berkhidmat di UTM beliau menjadi antara staf yang paling aktif menerbitkan jurnal dan kertas kerja - senarai disini
Sebagai insan dan saudara baru, beliau seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman berkenaan sesuatu perkara, dan belajar mana yang tidak diketahui dari orang lain.
Pernah kami ke rumahnya, melawat anak sulung hasil perkongsian hidup bersama isteri, Aisyah Junko Kubota - nama anak Saei Kubota. Beliau mendapatkan nama anak dari buku yang bermaksud 'seeking' - berusaha kuat untuk mencari. Semasa kami berbual, baru saya sedar bahawa perkataan Saei itu diambil dari peristiwa Haji - Siti Hajar berlari dari Safar ke Marwah mencari air bagi Ismail. Peristiwa ini dinamakan Saei.
Moga-moga anak itu akan membesar sebagai muslim yang kuat daya pencariannya terhadap ilmu dan kefahaman Islam.
Apapun, Tetsu telah selamat berangkat ke pejabat barunya di University of Hiroshima, Japan. Moga Allah melindungi sahabat di tempat baru, ada rezeki kita bertemu lagi.
2 comments:
Associate Professor Dr Muhammad Tetsu Kubota dilantik sebagai Profesor Madya Tamu di FAB, UTM. Maklumatterkini
Post a Comment