'Keliru dengan istilah BEER HALAL'
--------
Hari ini pelbagai pihak mula menyuarakan rasa tidak puas hati @ bengkek dengan tindakan sesetengah peniaga 'Islam' yang memperkenalkan Beer 100% halal, keluaran syarikat kerjasama Malaysia-Iran.
Penulis sendiri telah laporkan di blog ini beberapa hari yang sudah berkenaan promosi 'beer halal' jenama Istak di Malaysia. Ia diperkenalkan kepada umum semasa Pameran Halal Antarabangsa KL 2009 yang lalu.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati ini menggunakan alasan perkataan 'Beer' itu lazimnya digunakan bagi merujuk kepada jenama arak@minuman keras yang tidak halal diminum ummat Islam (artis pun tidak terkecuali juga).
Dan apabila istilah 'Beer Halal' digunakan pihak pengusaha ini, ia seolah-olah ummat Islam suka minum beer dan mengiktiraf beer sebagai minuman dalam masyarakat, sekalipun ia dikatakan 'halal'.
Apakah tiada istilah lain yang sesuai digunakan?
=====
Sebenarnya semasa saya laporkan pasal 'beer halal' inipun saya nak ulas berkenaan hal-hal lain yang mungkin bertambah pelik di masa depan.
Mungkin juga di masa depan akan tampil para peniaga 'Islam' memperkenalkan permainan BINGO HALAL. Ya! Bingo yang menjauhkan konsep riba' dalam permainannya. Rasa macam ada kemungkinan tak?
Di UK pun ada macam-macam bentuk Bingo, hinggakan wujud Monopoli Bingo. dan hasil judi inilah digunakan sebagai dana kerja-kerja pemeliharaan bangunan bersejarah, penyediaan kemudahan awam, menaja acara sukan dan aktiviti kemasyarakatan, yang meringankan bebanan kewangan kerajaan secara langsung.
Mungkin akan ada golongan berotak business yang menggunakan alasan kebajikan masyarakat kelak sebagai alasan mencipta BINGO HALAL?
Tiada siapa yang dapat jangka bukan? Sedangkan beer pun dapat 'dibuang' kandungan alkohol yang memabukkan sehingga dilabel 'halal', mungkinkah kaedah permainan Bingo juga dapat 'dibuang' kandungan haramnya dan akhirnya boleh 'dihalalkan'?
Harapnya tidak adalah. Kalau tidak, jenuhlah penguatkuasa Jabatan Agama Islam lepas ni!

No comments:
Post a Comment