Sebaik balik kelas agama tadi, terus solat asar, makan dan tukar seluar berkebun. Dah beberapa hari tulang empat kerat ni tak digerakkan untuk aktiviti berbentuk fizikal. Cuma fizikal yang tak henti bekerja adalah perut (asyik makan saja...haha).
Alhamdulillah, cuaca pukul 6 pm ni baik, cerah namun sesekali datang angin sejuk, menusuk ke tulanglah juga. Petang ni ada beberapa tugas, yang pertama ialah trim ranting-ranting yang menjalar. Orang rumah terpandang satu pokok bunga putih yang sebelum ni kami tak pernah terperasan akan kewujudannya. Cantik juga bunga yang sedang berkembang itu.
Alhamdulillah, cuaca pukul 6 pm ni baik, cerah namun sesekali datang angin sejuk, menusuk ke tulanglah juga. Petang ni ada beberapa tugas, yang pertama ialah trim ranting-ranting yang menjalar. Orang rumah terpandang satu pokok bunga putih yang sebelum ni kami tak pernah terperasan akan kewujudannya. Cantik juga bunga yang sedang berkembang itu.
Selesai trim mana yang patut, bersihkan pula tapak 'kebun' yang sekangkang kera tu. Laman belakang agak luas juga, namun kami biarkan yang selebihnya untuk duduk-duduk bila cuaca makin baik nanti.
Tapak ni asalnya belukar dengan bermacam sampah-sarap tersorok di dalam rimbunan pokok kecik. Setelah pokok besar tu ditebang tuan rumah, barulah kami dapat potong pokok yang kecik-kecik tu, dan bersihkan biar nampak 'bertamadun' sikit. Mujurlah orang rumah jenis yang memang ringan tulang dan banyak membantu (nak bersenam juga sebenarnya dia..)
Itu hal di luar, di dalam rumah pula biji benih mula bercambah dan muncullah anak-anak pokok. Kami ada menyemai beberapa jenis herba dan sayur-sayuran. Sayangnya terlupa untuk meletakkan label. Kita dapat tahu bila pohon tu dah besar nantilah.
Orang putih ni memang tak pandai berkebun kot. Berputar-putar kami mencari cangkul, tapi tak dijual di mana-mana kedai. Sudahnya, terbongkok-bongkoklah kami berdua menggunakan penyodok untuk menggemburkan tanah bagi membina batas-batas. Petang ni sempat siapkan dua saja.
Kalau guna cangkul lebih mudah dan cepat, selain tidak sakitkan belakang. Mungkin kerajaan UK tidak membenarkan import cangkul kerana takut nanti semua orang berkebun / tanam sendiri sayur, nanti tak lakulah sayur di pasaraya tu...agak-kan liar saya sajelah.
Sedang saya sedang membuat batas, orang rumah pula sibuk clear kan semak-samun dan rumput-rumpai yang hidup subur kat sebelah shed kat belakang rumah. Sampai licin disodoknya!
Petang tadi juga kami sempat tanam sweetcorn (jagung manis). Saya cuma tawakkal je tanam jagung ni sebab tak semai, tak ape pun, terus tanam je (konon ikut pengalaman kat kampung dulu). Kalau ditakdirkan tak menjadi, malulah saya dengan Orang Asli yang saya kaji semasa belajar (di hutan-Pos Kuala Mu di Perak) tidak lama dahulu.
No comments:
Post a Comment