Sunday 3 May 2009

Blog baru

Saya bukan berpindah ke blog baru atau berkecimpung di bidang perniagaan atau apa-apa. Sekadar memaklumkan 'pembukaan cawangan baru'. Blog baru ini berbentuk lebih akademik dan saya buat khas sebagai sebahagian sumbangan terhadap bidang ilmu dan kajian berkaitan pembangunan komuniti Orang Asli, pembangunan mapan (sustainable development) dan pembangunan komuniti mapan (sustainable community development).

Posting atau artikel yang berkaitan kini sedang dalam proses suntingan dan insyaAllah akan memasuki 'pasaran' minggu hadapan.

Biarpun berbentuk akademik, namun ianya disusun agar sesuai dibaca dan difahami oleh khalayak yang umum dan mereka-mereka yang minat terhadap subjek Orang Asli dan pembangunan mapan luar bandar.

Harapan saya agar para pembaca dan pelajar dapat menambah ilmu melalui sumber berbentuk bacaan ilmiah dan membangkitkan kesedaran disebalik kemakmuran negara yang sudah 52 tahun merdeka ini, masih wujud kelompok dalam masyarakat yang memerlukan perhatian, pembelaan dan hak untuk membangun secara mapan.

Jika anda berhajat melayarinya di masa depan, saya amat menghargainya dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

anak-anak orang asli (Jahai) - semasa trip saya ke Sg Ruil, Jeli, Kelantan

dia punye rasa damai tu, macam nak bawak balik je air terjun ni

dalam perjalanan ke air terjun

Penat je saya main sukaneka, kalah ngan budak kecik tu pulak!

No comments: