Wednesday 15 June 2011

Utusan Malang dikecam siarkan kartun memperlekeh hukum agama

Ringkas sahaja.


Utusan ini telah dua kali malang; 1) Kerana siarkan karikatur yang ditafsirkan sebagai menghina agama dan 2) Yang terlibat menyiar dan menyebarkan kekeliruan ini adalah dari kalangan orang Islam sendiri.

Keperluan mendatangkan saksi bagi perbicaraan kes rogol/zina bukanlah syarat yang dibuat-buat oleh manusia, mahupun parti politik tertentu. 

Ianya telah dinyatakan secara terang lagi jelas di sini:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"

(Surah an-Nur, ayat 4)

2 comments:

ZuL idRiS said...

sangat malu dengan utusan. dulu bharian time Jepun kena gempa, skrg even worse sebab pasal Islam sendiri..adoi2.

Dr Sepet said...

itulah pasalnya. sekalipun utusan yang ditubuhkan banyak membawa isu berkaitan bangsa melayu, kebelakangan ini banyak laporannya kurang cermat sehingga boleh mengundang bahaya - terhadap aspek agama dan perkauman.

kita tengok selepas ini sama ada terjejas atau tidak kekebalan mereka-mereka yang di utusan daripada tindakan kerajaan.

mungkinkah terus kebal? emmm...