Thursday, 23 June 2011

Isa Samad: "Berhutang satu penghormatan"

Memetik kata-kata Pengerusi FELDA, T.S. Isa Samad:

"Bagi saya perkara membuat pinjaman ini adalah menjadi perkara biasa, jadi pinjaman yang kita (Felda) buat kepada KWSP itu seperti satu penghormatan kepada Felda kerana mereka (KWSP) yakin kita (Felda) mampu membuat bayar balik pinjaman itu". 


Komen Ringkas:

1) Tak pernah lagi saya dengar ada organisasi yang berada pada landasan yang "kukuh" membuat pinjaman besar mencecah RM 6,000,000,000.00 ini.

2) Juga tak pernah lagi saya dengar, dengan mengambil hutang sebesar ini, ianya dianggap sebagai satu penghormatan.

3) OKlah, pihak Felda menganggap pinjaman ini suatu penghormatan, tetapi apakah kita bakal mendengar komen daripada pihak KWSP?

4) Mungkinkah bagi KWSP "it is just a damn good business", kerana faedah (atau bunga / caj perkhimatan / riba') yang bakal dibayar balik oleh Felda di masa hadapan adalah begitu menguntungkan?

5) Itupun jika Felda dapat melakukan pembayaran balik hutang terbabit. 

6) Harap-harap janganlah pula setelah mendapat RM6b ini, diminta lagi "penghormatan kedua" - anda tentu faham maksud saya, bukan?

7) Mujurlah Allahyarham Tun Razak telah pergi meninggalkan kita. Jika tidak, bayangkan betapa terlukanya hati beliau melihat agensi yang selama ini diamanahkan membantu keluarga Melayu miskin luar bandar, "turn out to be like this". 

Aduhai....

No comments: