Wednesday, 22 June 2011

Kisah mengenai megacities - Dhaka

Di sini saya ingin berkongsi satu dokumentari menarik oleh Andrew Marr bertajuk "Megacities - 3. Sustaining the city".

"the megacities are the human future of the planet"
Sumber: rujuk foto

Beliau mengupas bagaimana bandar berevolusi, berkembang, berkekalan dan berterusan, dan di masa yang sama penghuninya (dan planners) perlu respon terhadap perubahan dan keperluan bandar, tanpa mengakibatkan bandar itu sendiri menjadi terlalu padat, sesak dan akhirnya diserang "sakit jantung".

Dhaka

Lawatan pertama beliau adalah ke salah sebuah benua miskin iaitu Dhaka, Bangladesh, kota yang dihuni seramai 13 juta orang.

Dalam saiz dan populasinya, Dhaka dapat merasakan "kesempitan" yang timbul. Bagitupun penduduknya perlu bergerak (untuk ke tempat kerja etc) dan perjalanan perlu dilakukan sekalipun sesak dan berbahaya.

"every great city depends entirely on its transport system"
Sumber: rujuk foto

Di sebalik keperluan penduduknya bergerak setiap hari, kota Dhaka hanya mempunyai 2 jaringan keretapi dan 1 lebuh raya, sedangkan keperluan terhadap sistem pengangkutannya adalah setaraf London.

Hasilnya? Tentulah kesesakan lalulintas yang kronik. Apakah penyelesaiannya?

Penduduk Dhaka masih berupaya bergerak dengan efisyen di sebalik segala kesesakan ini dengan kembali kepada mod pengangkutan yang primitif iaitu "pedal power" - berbasikal!

Fakta:

- Kini, kota Dhaka dikenali sebagai kota beca dunia (beca roda 3). 

- Terdapat lebih 500,000 beca di tengah kota dengan nisbah 1 beca: 20 penduduk.

- 80% lelaki yang mula-mula tiba di Dhaka, bekerja sebagai tukang bawa beca iaitu selama 10 jam sehari, 7 hari seminggu dan mengangkut beban yang serius berat.

bersambung.

No comments: