Wednesday, 15 June 2011

Telitilah sebelum menggunakan perubatan alternatif

Saya bukanlah seorang yang menolak sepenuhnya pendekatan perubatan alternatif.

Ini kerana selain bergantung kepada sistem perubatan moden bagi merawat penyakit, petua dan amalan warisan turun-temurun orang tua dahulu kala, ada ketikanya berguna juga.

Cuma, sebagai peringatan bersama, sebelum terus percaya kepada sesuatu produk rawatan alternatif di dalam merawat sesuatu jenis penyakit yang berlambak di pasaran hari ini, eloklah kita mengambil sikap berhati-hati bak kata pepatah "beringat sebelum kena".

Di sini saya ingin berkongsi satu kisah menarik yang dipaparkan di blog mengenai sebuah syarikat (Bumiputra) yang menjual penawar untuk mata. Baca lanjut SINI

Yang menarik minat saya seterusnya adalah setelah produk syarikatnya dilaporkan di akhbar arus perdana (ada produknya yang bermasalah), kini muncul sebuah lagi entiti/syarikat perniagaan, dengan nama baru, idea baru tetapi dengan alamat pendaftaran yang sama (selain menjual produk yang "sama tak serupa"). 

Tuan-tuan, soalan saya: Apakah maknanya?

Foto ini saya copy n paste dari blog yang sama. Sekadar mengingatkan sesama kita.

Klik foto untuk besarkan

Bukan apa, ada kalanya kecenderungan kita menyokong perusahaan sesama bangsa, selain masih yakin dengan ilmu perubatan peninggalan mereka dahulu kala, kadang-kala terlupa akan elemen konsumerisma (kepenggunaan) dan manipulasi demi keuntungan perniagaan ke atas kita sebagai pengguna.

Justeru, dapatkan maklumat tepat (atau pendapat pihak kedua) sama ada dengan bertemu mereka-mereka yang arif di bidang perubatan, atau meninjau maklumat tertentu di internet sebagai langkah awal.

Sekian.

No comments: