Friday 24 June 2011

Sekalipun melanggar prinsip "matlamat tidak menghalalkan cara"?

Apa kes? Baca lanjut berita di bawah:

Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'

Walau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."

"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan."

"Kita tidak dapat menerima lagi apa-apa penafian daripada mana-mana pihak."

"Kita sekarang yakin Anwar Ibrahim terlibat dalam video ini dan melakukan kemaksiatan," katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Kesahihan berhubung identiti individu lelaki dalam video berkenaan bagaimanapun tidak diputuskan dalam mahkamah hari ini.



Sumber foto: sini

Ia bagaimanapun dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang menyebut, pelaku seks lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah menyerupai Anwar.

Sumber: SINI

---------------------------------

Nota kaki:

1) Setelah mengamati artikel mengenai "Ghuraba" (cut-n-paste) dari blog Dr. MAZA, saya sama sekali tidak dapat bersetuju dengan pernyataan yang dibuat oleh Rahim seperti yang dilaporkan.

2) Seolah-olahnya, "matlamat" iaitu mendedahkan perkara (jenayah peribadi) itu boleh dihalalkan sekalipun dengan "cara yang menjelikkan" (mengedar dan menayangkan pita lucah kepada umum).

3) Menonton pita lucah, for god sake! 

4) Harapan saya, biarlah mereka bertiga sahaja yang menuruti prinsip hidup sebegini. Janganlah majoriti umat Islam kita mengangkat dan menerima "kaedah matlamat menghalalkan cara" selepas ini. Punah dan binasa habislah masyarakat.

5) Teringat saya akan jawapan yang diberikan oleh Dr. MAZA pada rancangan diskusi anjuran Sinar (yang ahli panelnya turut terdiri dari Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Dewan Pemuda PAS).

"Nanti semua orang sibuk pasang kamera. Si polan itu intip si polan ini, sebab nak pastikan yang dia tidur dengan isteri dia, dan bukannya dengan perempuan lain".

6) Lihat lanjut video di bawah (mengupas isu fitnah dan video lucah):


Moga beroleh manfaat.

No comments: