Thursday 16 June 2011

Laporan Jabatan Kimia: 2 sos ada DNA babi

Apa kes ni? Anda boleh baca berita penuh di sini: "DNA babi - kerajaan perlu tegas beri sijil halal"

Sedikit petikan dari laporan akhbar tersebut:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan yang digunakan dengan meluas oleh umat Islam mengandungi DNA babi.   

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.

Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.

 Sumber: google image

Kepada suri rumah yang ada menyimpan kedua produk ini, hendaklah ambil perhatian, begitu juga kepada "kaki makan" yang suka mengunjungi restoran/bar ala barat yang menyajikan 2 produk ini.

Moga maklumat dan pendedahan ini boleh membantu anda.

No comments: