Sumber: pada foto
Perlu popular, perlu disenangi, perlu pandai ambil hati. Itulah antara resepi awal untuk melayakkan seorang akademia, jika bercita-cita untuk menduduki kerusi dekan di fakultinya.
Jika dahulunya mereka-mereka yang mengidam nak menjadi dekan hanya perlu cemerlang, selain "baik" dengan pentadbir universiti yang duduk "di atas sana".
Tetapi kini (di dalam kes UUM), mereka perlu kembali berpijak di bumi nyata, perlu pandai berjalan tunduk-tawadduk, mengukir senyuman (ikhlas atau tidak, itu tidak penting), mesra rakan sejawat agar memperoleh pencalonan yang secukupnya.
Para akademia di UUM khasnya, tidak dapat tidak, diperlukan untuk mempersiapkan diri mereka dengan "soft skills", untuk melayakkan mereka merebut pencalonan menjadi dekan.
Universiti-universiti yang lain pula bagaimana?
nota: Orang Terengganu kata "berat nan-nang"!
No comments:
Post a Comment