Sumber: Live, The Mail on Sunday, June 12 2011 & Wikipedia
Pada usia 55 tahun, beliau telah banyak kali menghiasi muka depan majalah Forbes. Sebagai pengasas bersama Microsoft, bersama-sama Paul Allen, beliau telah mengembangkan aktiviti yang asalnya bermula di bilik kecil di rumah (pada tahun 1975), sehingga muncul sebagai satu jenama perisian komputer terbesar dunia, hinggalah ke satu tahap empayar perniagaan beliau mencapai nilai lebih $400 billion.
Keuntungan besar yang dijana melalui Microsoft telah menjadikan Gates billionaire muda iaitu seawal umur 31 tahun lagi. Beliau seterusnya menambah kekayaannya sehingga berjaya muncul sebagai manusia terkaya dunia dan mengekalkan status tersebut selama 2 dekad berturut-turut.
Gates akhirnya melepaskan kedudukan orang terkaya dunia hanya pada tahun lepas setelah dipintas oleh Taikun Telekomunikasi dari Mexico, "Carlos Slim Helu and family" (Wikipedia).
Carlos Slim dan keluarganya dianggar memiliki kekayaan berjumlah $74 billion.
Carlos Slim dan keluarganya dianggar memiliki kekayaan berjumlah $74 billion.
Sekalipun Gates secara rasminya kini bergelar orang ke-2 terkaya di dunia, secara teknikalnya beliau telah mendermakan sejumlah $28 billion kekayaannya kepada badan amal, selain "hanya" mengekalkan baki $56 billion kekayaan untuk dirinya.
Berlainan sekali dengan pemimpin Islam seperti Muammar Ghadaffi, mahupun Hosni Mubarak, yang dikhabarkan turut menyimpan kekayaan berpuluh (jika tidak beratus) billion dollar, Gates bersama isterinya, Melinda telah menubuhkan Yayasan Gates & Melinda bagi tujuan amal.
Sehingga ke hari ini, yayasan terbabit telah menyumbang sejumlah $24.81 billion bagi tujuan amal dan kebajikan di serata dunia.

Berikut diringkaskan beberapa perkara menarik mengenai kehidupan Gates.
1) Saham Microsoft boleh dibeli pada tahun 1986 pada harga $21, tetapi kini telah bernilai $6,912.
2) Tiada produk pernah mencecah 1 billion pengguna, melainkan 1 billion pengguna Windows dan 1 billion pengguna Office.
3) Pada usia 31 tahun, Gates telah menjadi seorang billionair.
4) 89,403 orang. Angka tersebut merupakan jumlah pekerja Microsoft di seluruh dunia - data sehingga 31 Mac 2011.
5) Terdapat sebanyak 55 juta konsul Xbox 360 di seluruh dunia.
6) Pulangan bersih Microsoft sehingga 30 Jun 2010 adalah sebanyak $62.48 billion.
7) Sebanyak 35 juta lesen untuk Windows7 telah terjual sejak 2009, menjadikannya "the fastest-selling operating system ever".
Menarik bukan?
Itu belum lagi saya kupas kerja-kerja amal serta sumbangan yang telah beliau buat demi menyediakan vaksin untuk melawan penyakit Polio di negara-negara miskin di dunia.
Terkini, Gates telah ke London bagi menghadiri sidang GAVI (the Global Alliance for Vaccines and Immunisation) dengan harapan dapat mengumpul sejumlah $3.7 billion dana yang diperlukan oleh sejumlah 243 juta kanak-kanak di dunia miskin untuk merawat pneumonia dan measles.
Bagaimana pula dengan kelompok hartawan, jutawan dan billionair di negara kita? Dan bagaimana pula sumbangan kita terhadap kerja-kerja amal?
Berupayakah kita mengeluarkan RM10 kepada masjid tempat kita bersolat Jumaat sebagai tanda syukur yang Allah Taala masih lagi memberikan nikmat "kaki" untuk kita datang bersolat?

Bersamalah kita renungkan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment