Sunday, 19 June 2011

Biarlah foto ini berbicara

Sumber: pada foto

Komen: so much for "gerak aman", isn't it?

- Hal ini nampaknya bertambah parah dan memilukan.

- Jauh di sudut hati ini, saya berdoa agar tidak berlaku pertumpahan darah, kematian mahupun kacau-bilau.

- Saya tidak nampak akan wujudnya kompromi daripada kedua belah pihak memandangkan masing-masing telahpun komited dengan rancangan masing-masing.

- Pihak Polis pula perlu menangani isu ini secara "berhalus" disebabkan semua pihak (baik Perkasa, Bersih, mahupun Pemuda Umno) tidak mendapat permit untuk berarak pada 9 Julai nanti. 

- Justeru, ia memungkinkan kesemua mereka ini berpotensi untuk ditahan Polis kelak.

- Soalnya, pihak manakah yang akan lebih terdedah untuk ditahan Polis kelak?  

- Memandangkan motif utama Bersih adalah untuk menyerahkan memorendum kepada YDP Agung bagi menuntut perjalanan sistem pilihanraya diperbaiki, dan Perkasa pula berhimpun untuk mempertahankan institusi penting negara ini, telah tiba masanya YDP Agung tampil memainkan peranan "mendamaikan" antara kedua puak ini.

- Kalau dahulu di dalam filem Melayu, ditunjukkan bagaimana seorang Sultan itu merupakan seorang yang penuh "wisdom" dan menjadi titik rujuk kepada pihak-pihak yang bersengketa di dalam masyarakat, saya tidak nampak mengapa fungsi yang sama tidak boleh dimainkan oleh Sultan dan Agung kita hari ini. 

- Jernihkanlah keadaan ini, sebelum ianya parah. 

- Janganlah nanti anak cucu kita pula yang akan dipaksa menanggung akibat daripada tindakan kita hari ini.

No comments: