Friday, 17 June 2011

Mawaddah: kereta, kawan, mesin potong rumput dan strawberi

Terasa agak lama tidak update perkembangan mengenai Mawaddah kepada Atuk dan Nenek dan ahli keluarga di tanah air. 

Di kelapangan yang ada sebelum ke masjid, eloklah saya segerakan posting tentang cucu Atuk yang seorang ni.

Singgah di Stoke

Sementara menunggu ibu membelak pakaian di dalam kedai, Mawaddah tidak putus-putus menunjukkan jarinya ke arah kereta Noddy ini. 50p untuk 1 ride dan 1pound untuk 3 rides. Ceh! hari inilah pulak duit 50p takde dalam poket, melompatlah Mawaddah dapat 3 rides, bersama Noddy.



Tak tahan saya bila saya ingatkan balik raut wajah dia yang "bangga betul" setelah dapat memandu tu.

Di Falkirk Wheel

Semasa dalam perjalanan balik dari Glasgow ke Edinburgh, Nurul-Iz membawa kami melawat the Falkirk Wheel. Saya nak explain takut panjang, boleh baca lanjut di sini (Wikipedia).

 Kemesraan Mawaddah & Adlina

 Dengan Pakcik Iz pun mesra juga

 Pakcik sempat mengabadikan kenangan

Petik strawberi

Alhamdulillah, tahun ini pohon-pohon strawberi yang ditanam di belakang rumah mengeluarkan hasil yang baik. Memeranjatkan, tanpa baja mahupun racun (hanya siraman air), buahnya manis sekali.

Seperkara lagi, buahnya tidak masak serentak. Sehari tu adalah dalam 4-5 biji yang merah. Makanya setiap hari balik dari nursery-nya, Mawaddah akan bantu saya mengenalpasti buah yang masak.

Tetapi, kalau setakat 5 biji tu, selepas dipotong dan selesai saya basuh pisau, pinggan strawberinya telahpun licin dibedal Mawaddah..........huhu..

 Hari ini kita dapat 7 biji yang masak


 Pakcik tolong potong (dengan harapan dapat 'share')

 Cepat-cepat dia bawa keluar

 Makan sorang-sorang ye...

Sekarang kalau dia bermain di laman, tak sah kalau saya tak keluarkan mesin potong rumput dia yang dihadiahkan oleh Uncle Im dan Auntie Mizah.

 Vrom...vrom...(ada enjin tapi tak keluar asap, cuma keluar bubbles)

Kanak-kanak Mickey betullah dia.

Sampai bertemu di lain masa, Atuk-Nenek, Tok-Tokki dan pakcik-pakcik dan makcik-makcik.

Bye-bye.

No comments: