Friday 17 June 2011

2 sos "kembali" halal

Memandangkan sebelum ini saya telah memetik satu laporan akhbar mengenai dua produk yang disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai mengandungi unsur DNA babi (rujuk sini: Laporan Jabatan Kimia - 2 sos ada DNA babi), maka adalah juga menjadi tanggungjawab saya untuk melaporkan kepada para pembaca akan perkembangan terbaharu mengenai status kedua produk ini.

Menurut laporan di Utusanonline hari ini, HJ Heinz telah tampil dengan pernyataan bagi menyangkal dakwaan produk keluaran syarikat mereka gagal menepati piawaian halal.

Para pembaca boleh baca kisah penuh dengan klik pada tajuk berikut: "Produk HP Sauce dan Tabasco disahkan halal - HJ Heinz"




Tidaklah jelas (kepada orang ramai dan pengguna Islam terutamanya) bagaimana kekeliruan terhadap status halal ini boleh timbul. 

Apakah wujud kesilapan pada ujian yang dibuat oleh Jabatan Kimia Malaysia, sebagaimana menurut laporan yang pertama?

Diharap JAKIM (bahagian halal) dapat menjelaskan isu ini dan keduanya, menerangkan kepada orang ramai apakah yang dimaksudkan dengan "mengandungi DNA babi".

Bagaimana DNA babi dapat hadir/dikesan dalam sos, sedangkan lazimnya sos hanya mengandungi bahan yang berunsurkan tumbuhan/sayuran.

Saya harap dengan perkembangan terbaharu ini akan dapat melegakan serba-sedikit kegusaran, keresahan serta kebimbangan di kalangan suri rumah dan orang ramai kesan daripada laporan yang dibuat sebelum ini.

Sekian.

No comments: