Sumber berita: sini
"Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberalisasi"
Sabtu lepas baru saja saya menulis 1 kisah berkaitan "pelampung" - yang kempis dan mulai bocor.
Akhbar hari ini pula melaporkan hasil temubual bersama mantan PM iaitu Tun M berkaitan dasar liberalisasi yang diputuskan oleh PM yang baru.
Seperti saya, Tun M juga nampaknya tidak begitu "riang gembira" dengan tindakan PM untuk memperkenalkan dasar liberalisasi, terutama melihat kepada senario yang menimpa umat Melayu ketika ini.
Sambil menegaskan perlunya dasar lama seperti DEB dikekalkan (jika tidak ingin ditambah baik) kerana ianya masih releven dan berperanan penting di dalam membantu perkembangan Bumiputra di negara ini.
DEB yang telah sekian lama diamalkan, menurut beliau tidak sama sekali menyekat keupayaan bangsa Melayu untuk maju dan bersaing dengan pihak luar, sedangkan liberalisasi itu pula berkemungkinan akan membantutkan lagi usaha yang telah lama dijalankan bagi membangunkan Bumiputra agar mendapat bahagian "kek ekonomi" yang adil sebagaimana dinikmati kaum-kaum lain.
"Faktanya ialah ketika kuota Bumiputra masih belum dipenuhi, kuota bukan Bumiputra pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan" - Tun M.
Dengan perkataan mudah - "sudahlah pelampung kita ini kempis (angin <30%),>.
Sambung lagi - "Bila kempis, dan semakin bocor, yang akan mempercepatkan kita karam dan mati lemas ialah penumpang pelampung ini semuanya tidak tahu berenang (tiada kekuatan dan persediaan menghadapi kemungkinan buruk)".
nanti sambung lagi.........dari office 4.50pm

1 comment:
saya bersetuju dengan kenyataan ini. kerana walaupun arus global semakin meningkat, ramai lagi orang melayu tak boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa tongkat/bantuan dari mana-mana pihak. yelah dari kecik dah biasa disuap.
Post a Comment