Lawatan ibu ke Kuala Lumpur......selepas beberapa lama.
Pertama kalinya setelah kami 4 beradik berhijrah ke kota besar Kuala Lumpur, ibu (mok) datang melawat kami bersama 2 adik yang bongsu (no 8 dan no 9). Sebenarnya agak janggal untuk ibu tinggalkan urusan di kampung (bisnes dia), tetapi kadang-kala kita perlukan masa untuk berehat dan segarkan minda kan? Jadi akhirnya tergeraklah hati beliau untuk menjengah kami adik-beradik di Kuala Lumpur. Biarpun datang sebentar saja (3 hari - itupun mengadu dah bosan terperak kat rumah time kami pergi kerja), sempat jugaklah bawa diaorang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
Yang kecik sibuk nak tengok haiwan kat Zoo Negara dan pegi tengok sendiri taman KLCC. So, kat sini saya kongsikan foto kenangan lawatan ibu dan adik-adik ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment