Wednesday 12 January 2011

UPM pintas UTM

UI Green Metric telah mengeluarkan senarai universiti-universiti di dunia yang menunjukkan pencapaian baik terhadap usaha menerapkan amalan kemapanan ke dalam persekitaran dan pengurusan kampus.

Sekalipun ini bukanlah ranking universiti terbaik bagi bidang akademik, tidak dapat disangkal juga pengiktirafan sebagai kampus hijau dan mapan boleh menaikkan kualiti dan suasana pembelajaran di kalangan warga kampus.

Tahun 2010 menyaksikan dua universiti tempatan telah tersenarai di dalam ranking 100 universiti terbaik dunia bagi UI Green Metric iaitu Universiti Putra Malaysia (6) dan Universiti Teknologi Malaysia (31).

Lihat senarai penuh universiti di SINI.

Antara indikator yang digunapakai (sumber)

Bagi saya, pengiktirafan yang diberikan kepada UTM dan UPM ini adalah suatu petanda komitmen dan dedikasi para pentadbir universiti ke arah menjayakan agenda kampus mapan.

Harapnya juga, pengiktirafan ini akan membawa kerjasama lebih erat di antara universiti dengan pihak kerajaan dan badan-badan yang terlibat bagi terus mendokong usaha mewujudkan persekitaran kampus yang hijau dan mapan.

No comments: