Imam Abu Hanifah berkata, “terimalah hadis dari semua golongan pelaku bid’ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali Syiah kerana prinsip aqidah mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat Muhammad s.a.w.” (Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi ma’rifati ilmi al-riwayah, hlmn. 146 )
Imam Syafie berkata, “tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah” (Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jil. 1, hlm. 327)
Imam Malik ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata, “jangan kamu bercakap dengan mereka , jangan kamu meriwayatkan hadis dari mereka kerana mereka selalu berdusta” (Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunah al-Nabawiyyah, jil.1 hlm. 16)
Sementara Imam Ahmad bin Hanbal berkata,.. “apabila kamu melihat seseorang selalu memburuk-burukkan sahabat maka raguilah keislamannya dan keimanannya”.
---------------------
Syeikh Qaradhawi melarang usaha penyebaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006).
--------------------
Teruskan membacanya di SINI
No comments:
Post a Comment