Kisah orang
"Ibarat pemburu bersenapang patah meminta diberi lesen memburu yang hanya diluluskan kepada pemburu tradisi (bertombak dan bersumpit)."
Sekali 'terlulus' lesen, maka habis lenyap segala haiwan di hutan, diburu dan ditamatkan nyawa dihujung senapang.
Sedangkan si pemburu miskin yang bertombak pula tercengang-cengang, melihat tiada apa lagi yang tinggal untuk dimakan.
Segalanya habis 'disapu' pemburu yang nyata lebih bersedia dengan segala kemampuan yang ada.
Segalanya habis 'disapu' pemburu yang nyata lebih bersedia dengan segala kemampuan yang ada.
Hendak dikatakan selama ini dia menyulitkan kehidupan si pemburu bersenapang, hanya kerana selama ini haknya dilindungi (oleh lesen yang dikhaskan), tidak pernah pula seingatnya.
Justeru, mengapakah si pemburu kaya yang memiliki senapang, yang telah diberikan lesen berburu di pelbagai tempat, tidak henti-henti mendesak dan berkehendak sangat-sangat akan hak lesen si pemburu miskin yang tinggal sedikit itu?
Apakah motifnya? Adilkah ini?
Kisah kita
Saya tidak salahkan sepenuhnya pihak yang mendesak dihapuskan sistem kuota bumiputra atas alasan mewujudkan keadilan dan persaingan.
Tetapi, apakah pihak yang obses dengan 'keadilan dan kesaksamaan' ini sanggup mewujudkan lantai persaingan yang sama rata?
Jika tidak, kembalilah kita kepada kisah nasib si pemburu bertombak dan bersumpit itu tadi.
Sejarah perlu difahami
Kita perlu belajar sejarah.
Lihat, selama beberapa ratus tahun penjajahan (Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun), di manakah orang Melayu 'ditempatkan' di dalam sistem ekonomi negara ketika itu hinggalah detik kemerdekaan dicapai?
Di mana?
Apakah orang-orang Melayu menjadi pemilik lombong? Atau mandur ladang? Atau pemilik perusahaan/kilang? Atau peniaga yang memiliki deretan rumah kedai di pekan-pekan dan bandar?
Orang Melayu 'hilang peluang' selama beratus tahun, tertinggal jaaaauuuuuhhh di belakang rakan berbangsa lain.
Kerana itu jugalah ekonomi orang Melayu lambat berkembang. Lantai persaingan yang dibina awal-awal lagi sudah 'tidak adil dan saksama'.
Dengan bekerja kerajaan, tidak boleh membawa kaya. Yang jadi kaya pula ramai berpaut kepada 'kabel' politik. Yang naik jadi maju sendiri dan kaya pula beberapa kerat sahaja.
Sekarang saya ingin mengajak anda berfikir.
Buat kiraan, daripada zaman kita mula dijajah (Portugis datang tahun 1511) hingga kita mencapai kemerdekaan 1957 = berapa ratus tahun?
Kemudian bandingkan tempoh itu dengan detik kita merdeka 1957 hinggalah 2011 = berapa tahun baru kita bercakap mengenai hak istimewa orang Melayu?
Lihat dan fahami betapa sebenarnya masih releven orang Melayu dan bumiputra mengekal dan menikmati (di atas kertas) hak-hak keistimewaan orang Melayu yang hanya tinggal secubit itu!
Saya menulis ini bukan untuk merendahkan maruah orang Melayu, atau menyatakan yang Melayu tiada kemampuan bersaing.
Saya menulis untuk mengingatkan para pejuang keadilan dan kesaksamaan bahawa dalam perjuangan perlukan kesabaran.
Sabar untuk menunggu sehingga lantai persaingan agak seimbang dahulu, baru boleh nak mansuh itu dan ini.
Bila akan seimbang? Jangan tanya saya. Tanyalah kepada kerajaan.
Kerana sekarang inipun, hak keistimewaan yang secubit itupun masih jauh untuk dipenuhi oleh kerajaan yang umat Melayu sendiri amanahkan!
(kredit artikel ini saya kongsikan bersama 'Pak Din' yang sentiasa senang melayan perbincangan isu-isu politik dan hal umat Melayu - dari jauh)

No comments:
Post a Comment