Tuesday, 4 January 2011

Penjelasan Karam Singh

Sumber berita: KOSMO

KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

----------------------------------

Terdahulu, anda boleh menonton rakaman klip video yang dipos ke Youtube berkaitan 'insiden' ini.

(klik: SINI untuk tonton video)

----------------------------------

Nota: 

- Sekarang ini kedua-dua belah pihak telah mengemukakan pernyataan dan bukti-bukti mereka. 

- Sebagai berlaku adil, kita yang memerhati ini perlulah membuka 'kedua-dua telinga' sebelum terlibat sama (tumpang sekaki) melontarkan pendapat berkenaan insiden ini.

- Ada sesetenagh 'fakta' kejadian tidak ditonjolkan pada klip video tetapi dinyatakan oleh Karam iaitu perbuatan mat-mat motor meletak motosikal, membangkitkan rasa meluat beliau dan kemudiannya tercetuslah 'salah-faham'.

- Insiden ini patutnya sudah reda memandangkan beliau telah memohon maaf secara terbuka dan secara langsung.

- Tetapi entah apalah penyakit di hati masyarakat kita, yang semakin hari semakin sensitif, pantang ditegur sekalipun memang awal-awal lagi berpunca dari kesalahan dan kebodohan diri sendiri yang tidak belajar cara nak 'parking' motosikal.

- Komen-komen beremosi pula terus membangkitkan aroma perkauman, menuduh beliau mabuk (di restoran Mamak?), menokok-tambah cerita bagi hangat, dan biar terbakar hati orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar.

- Pada saya, beliau telah minta maaf, sekiranya ada Melayu yang terguris hati kerana bukan itu niat beliau. Bak kata Mazidul di blognya, Karam tetap ada sumbangannya terhadap masyarakat.

- Tambah Mazidul lagi, janganlah isu ini dipanjangkan sehingga segala pengorbanan beliau kita buang bak kata pepatah 'hilang panas semusim hanya dek hujan sehari'.

No comments: