Andai ditanya, kelab manakah yang mempunyai paling ramai pemain antarabangsa yang aktif, ramai yang mungkin menjawab Barcelona, Real Madrid, Man Utd ataupun Chelsea.
Walaubagaimanapun, faktanya, Tottenham Hotspur adalah kelab yang pemainnya boleh bermain melawan sesama sendiri, dengan 22 orang pemain berlainan kewarganegaraan (nationality) di dalamnya.
Penemuan kajian oleh Badan Pemantau Pemain Bola Professional turut mendapati Man Utd adalah kelab yang paling stabil di benua Eropah, dan Barcelona pula memiliki skuad terkecil (pemain berbadan kecil).
Sering dikhabarkan bahawa Alex Ferguson telah diberikan masa untuk membina skuad Man Utd, jadi tidaklah mengejutkan yang dia juga menunjukkan tahap kesabaran yang sama apabila berdepan dengan kerenah pemainnya.
Secara purata, pemain Man Utd kekal bersama kelab tersebut selama 5.71 musim – paling lama kekal di satu kelab di Eropah.
Sementara Barcelona pula sering dicop sebagai kelab terbaik dunia, melakukannya tanpa bergantung kepada kelebihan fizikal pemainnya.
‘Bintang kecil’ mereka seperti Messi, Ineista dan Xavi mempunyai purata ketinggian hanya 177.38cm (5 kaki 10 inci).
Justeru, siapa yang boleh menghalang kemaraan skuad ‘cilik’ Catalan ini?
Mungkin Inter Milan, pemenang Trofi Liga Juara-Juara musim lepas, yang sebenarnya memiliki skuad ‘paling tua’ berbanding mana-mana kelab Eropah (purata umur 29.61 tahun).
Si kecil kalah kepada si tua!
Lain-lain fakta tambahan:
Liga Ireland, SPL (Scotland) dan Liga Icelandic sahajalah 3 liga di Eropah yang tidak menampilkan seorangpun pemain Brazil.
EPL mempunyai peratusan tertinggi pemain asing (internationals) dalam liga mereka (61.1%), sementara Republik Ireland adalah yang terendah (2.0%).
lanjut: SINI
No comments:
Post a Comment