Monday 3 January 2011

Harimau Malaya

Dipetik dari Wikipedia bahasa Melayu:

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia. Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

--------------------------------

Nota:

- Awal-awal lagi, gelaran 'Harimau Malaya' yang dipakai oleh skuad bola sepak kebangsaan Malaysia tidak seharusnya dijadikan isu.

-  Ini kerana istilah tersebut telahpun diiktiraf secara saintifik dan faktanya boleh kita baca di mana-mana, bukanlah suatu agenda pengasingan dan perkauman yang bertunjangkan emosi.

- Namun, perjuangan dan campur tangan orang politik telah menampakkan bahawa ianya merupakan suatu isu (yang sengaja dicipta), dan isu tersebut perlu dirasionalkan serta diangkat menjadi agenda masyarakat dan rakyat.

- Mungkin demi survival politik, isu ini boleh diketengahkan untuk meraih populariti dan 'laba', selain 'mereka' boleh berselindung di sebalik benteng rakyat terbanyak.

- Selama berpuluh tahun ini tidak pernah pula kita dengar adanya cakap-cakap kurang enak mengenai pemakaian istilah 'Harimau Malaya' ini oleh FAM dan skuad bola kebangsaan.

- Penubuhan institusi bola sepak bukanlah untuk mengasingkan kaum, geografi, menyemai rasa syak wasangka, bahkan bermatlamat untuk membangkitkan rasa bersatu, berpadu dan suasana muhibbah dan persaudaraan di antara rakyat negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia ini.

- Sudah-sudahlah 'mengipas' isu sebegini. Tidak membawa faedah kepada sesiapapun.

- Janganlah berterusan membuat tuduhan yang gelaran 'Harimau Malaya' tidak membawa mesej 1Malaysia, kerana apakah juga mungkin selepas ini 'Universiti Malaya' bakal menjadi kuda buat tunggangan sesetengah orang politik?

Sendiri boleh fikir.

No comments: