Monday 9 January 2012

Golongan 'super-rich' China pacu rekod jualan Rolls-Royce 2011

Rekod yang dicipta menerusi jualan kereta mewah Rolls-Royce di pasaran UK, China dan USA telah menjadi petunjuk bahawa golongan "super kaya" nya masih terhindar daripada kesan kelembapan ekonomi global.

China, buat pertama kalinya pada tahun 2011 telah mengambil alih kedudukan USA sebagai pelanggan terbesar kereta Roll-Royce. Rekod baru untuk sepanjang tempoh 107 tahun sejarah syarikat tersebut. Serentak itu, jualannya di pasaran China telah meningkat 67% kepada lebih 1,000 kenderaan.

Sumber foto: google image (Rolls-Royce 'the ghost')

Pasaran USA membekalkan pembeli kedua terbesar kenderaan mewah ini dengan peningkatan 17% permintaan pasaran kepada 990 buah kereta. UK pula kekal di tangga ke-3 dengan 30% peningkatan jualan kepada kira-kira 350 buah kereta.

Secara keseluruhannya, Rolls-Royce telah menjual kira-kira 3,538 buah keretanya ke seluruh dunia tahun lepas, iaitu peningkatan 31% jumlah jualan berbanding 2010, selain turut memecahkan rekod jualan 3,327 buah kereta yang dicatatkan pada tahun 1978.

Prestasi yang begitu kukuh ini juga turut memberikan suntikan semangat kepada pengeluar kenderaan beribu pejabat di UK ini, di mana kesemua keretanya masih dikeluarkan dari ibu pejabatnya di Goodwood, West Sussex. Pada masa ini, syarikat menggaji seramai 1,000 pekerja dan bersedia menambah jumlah tersebut sebagai persediaan mengatasi rekod jualan bagi tahun 2012 ini. Rolls-Royce, pada tahun 2003 merupakan anak syarikat kepada BMW dari Jerman.

Sebagai rekod, China telah membentuk kira-kira 30% jumlah jualan global kenderaan Rolls-Royce bagi tahun 2011, diikuti USA (28%) dan UK (10%). Syarikat juga mensasarkan peningkatan jualan dengan meneroka pasaran baru terutama Rusia, China, India, Brazil, Chile dan Korea Selatan. 

Malah, model baru Rolls-Royce 'the Ghost' yang dilancarkan 2 tahun lalu memberikan sumbangan yang besar kepada jualan syarikat.

Nota: Harga bagi the Ghost bermula GBP250,000/buah (RM1.25 juta), lebih murah berbanding model 'ikon' Rolls-Royce, the Phantom yang harga permulaannya boleh mencecah GBP350,000/buah.

Sumber: iMonday 9 January 2012: 43

1 comment:

SK PEROH said...

Assalamualaikum...Encik.mengikut komen yang encik berikan ke pada blog skperoh november yang lalu,bolehkan Admin mengenali encik dengan lebih lanjut memandangkan encik merupakan bekas pelajar skp.sekian T.Kasih