Tuesday 9 June 2009

Kangkung dah menyumbang

Alhamdulillah, sebelum mak dan ayah serta adik-adik berangkat pulang ke tanah air esok petang, dapatlah juga mereka merasa kangkung goreng belacan untuk makan tengah hari sekejap lagi.

Saya memang nak lama nak potong kangkung ni sebab dah penuh (merimbun) bekas tanaman. Biar lepas ini ada sikit ruang untuk tunas-tunas baru pula membesar.

Biarpun hasil tuaian yang pertama ini tidak banyak, cukuplah sekadar melepaskan gian. Apapun apabila hendak digoreng nanti, akan dicampur juga dengan sayuran lain.



Lettuce dan coriender juga sudah dua kali diambil hasil. Lettuce memang tidak mengecewakan kerana setiap kali dipotong, cukup untuk menjamu selera 8 orang dewasa.

Sekian dulu updated news aktiviti berkebun. Jumpa lagi.

No comments: