Muncul kembali
Bukan selalu saya mendengar pelbagai pihak memberikan liputan meluas terhadap apa jua laporan dan kisah membabitkan "Raja di Hulu Kelantan", Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Namun, sejak dua minggu ini, pelbagai pihak baik yang di dalam mahupun di luar UMNO-BN, masing-masing terus memperkata dan mengulas mengenai "khabar angin" pertemuan di antara Ku Li dengan wakil pembangkang.
Daripada apa yang saya faham, pertemuan itu (jika benarlah) mempunyai kaitan dengan penyusunan gerak kerja serta agenda pihak Pakatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, yang dijangka ramai akan dibuat tidak lama lagi (tanda-tandanya ke arah itu juga makin kelihatan).
Sebuah akhbar portal, MalaysianDigest telah mengadakan banci (poll) dengan memilih tajuk "Do you think Tengku Razaleigh would be a good Prime Minister?" Berikut adalah keputusan semasa (10 pm sewaktu saya petik).
Klik untuk besarkan (sumber: sini)
Jika diperhalusi (keputusan semasa), pembaca portal MalaysianDigest masih tidak meyakini sepenuhnya akan potensi Ku Li andainya beliau ditakdirkan berjaya menduduki kerusi panas sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak.
Ramai pembaca masih mengambil sikap berhati-hati dengan memberikan pilihan "Mungkin" iaitu sebanyak 35.3%. Manakala, bilangan pembaca yang memilih jawapan "Yakin" dan "Tidak Yakin" pula adalah sama iaitu 32.4%.

Justeru, di sini wujud persoalan iaitu apakah dengan langkah pihak Pembangkang (seperti yang diwar-warkan cuba "mendampingi" Ku Li) bakal menguntungkan pakatan pembangkang (dalam bentuk "political mileage"?) seterusnya membuka peluang lebih cerah untuk menukar kerajaan selepas PRU ke-13 kelak?
Menunggu jawapan tuan punya badan
Nota: Sehingga artikel ini ditulis, belum dapat dipastikan apakah telah ada respon (maklum balas), pengesahan/penafian dari mulut Ku Li sendiri mengenai pertemuan tersebut.
Saya
langsung tidak terperanjat apabila membaca beberapa laporan, baik di
akhbar arus perdana mahupun alternatif, perkhabaran bahawasanya Tengku
Razaleigh Hamzah (Ku Li) baru-baru ini telah "dihampiri" oleh
individu-individu tertentu dari Pakatan Rakyat (PR), memujuk beliau
(Ku Li) berpindah kem/parti - dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang
dikatakan menjadi pembuka tawaran (bagaimana dengan jawatan Perdana
Menteri?...).
Saya
tidak terperanjat kerana usaha memujuk atau membawa Ku Li untuk
menerajui Pakatan bukanlah perkara baru, malah ianya telah bermula
sebelum PRU ke-12 lagi (waktu itu Pak Lah masih menjadi PM dan En. KJ
juga masih besar pengaruhnya), dan kebenaran ini telah diluahkan Ku Li
sendiri (petikan muka surat 216-218):
1) Dua minggu sebelum berlangsungnya musim pilihanraya Umum tanggal 8 April itu, dua pemimpin utama dari PAS dan DAP telah menemui Tengku Razaleigh untuk mengundang beliau menerajui pakatan pembangkang sebagai mengulangi pilihanraya umum 1990 di saat beliau memimpin Parti Semangat 46.

2)
Kedua-dua pemimpin tersebut merasakan seandainya pakatan pembangkang
mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional maka beliau akan diangkat
sebagai Perdana Menteri. Dengan penuh keyakinan Lim Kit Siang dan Dato' Haji Abdul Hadi Awang memberitahu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kebangkitan suara rakyat kuasa keramat tidak lagi dapat disekat.
3)
Mereka begitu yakin bakal memenangi enam buah kerajaan negeri di Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu di samping mampu
menguasai suara majoriti di Parlimen.
4)
Biarpun merasa yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat kesan
lemah dan kusutnya halacara Abdullah Ahmad Badawi menerajui pimpinan
kerajaan. Namun Tengku Razaleigh merasakan tidak seharusnya beliau
meninggalkan Barisan Nasional disaat sebegitu.
5)
Di samping tersimpan hasrat dihatinya untuk menjadi perintis kepada
pembentukan sebuah "kerajaan perpaduan" yang menggabungkan parti-parti
pembangkang dengan BN seandainya berulang kembali peristiwa sepertimana
pilihanraya 1969.
6)
Memandangkan beliau tidak mengukir permusuhan dengan PAS, DAP dan PKR,
maka bolehlah dicanai satu pendekatan baru sekiranya BN benar-benar
tewas kepada pakatan pembangkang.
7)
"Melihat kepada sentimen politik yang dilontarkan oleh kalangan
penyokong mahupun pimpinan dalam parti pembangkang, saya dapat merasakan
bibit-bibit seperti akan berulangnya tragedi pahit 13 Mei pada tahun
1969. Selain daripada begitu kuatnya sokongan rakyat dalam beberapa
insiden demonstrasi sebelum musim pilihanraya umum, saya khuatir sesuatu
lebih buruk bakal terjadi sekiranya pemerintah gagal menangani arus
kebangkitan rakyat".
8)
"Lebih menggerunkan di hati saya apabila melihat cara pimpinan terutama
di kalangan pemimpin UMNO menangani isu-isu yang dilontarkan oleh parti
pembangkang dengan jawapan cukup rasis dan boleh menimbulkan ketegangan
kaum. Suasana ketika itu bagi saya yang pernah mengalami tragedi 13 Mei
amat menakutkan. Untuk itu saya memberitahu Kit Siang agar beliau
meneruskan caranya dan saya kekal bersama Barisan Nasional".
9)
"Mungkin sesetengah pihak dalam parti pembangkang merasakan saya
seolah-olah mahu menolak tuah menjadi Perdana Menteri kerana mereka
cukup yakin mampu memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya umum.
Bagi saya semua itu bukanlah matlamat perjuangan saya. Saya lebih
memikirkan apa akan terjadi kepada rakyat dan negara jika perbalahan dan
kekacauan gagal dibendung?" Tambahnya.
Sumber: Kamal Amir (2010). Tengku Razaleigh Hamzah: Rahsia Yang Terpendam. Selangor: Putrajaya Bumi Communication Sdn Bhd.
Warganegara yang rasional pastinya akan menzahirkan rasa sayang mereka terhadap negara.
Kekal kerajaan, atau tukar kerajaan bukanlah menjadi satu kesalahan. Malah ianya diamalkan di mana-mana negara di dunia ini.
Begitu juga dengan tindakan yang diambil demi membaikpulih sistem keadilan dan ketelusan di negara kita.
Janganlah tindakan-tindakan yang diambil (selagi mana ianya dibenarkan undang-undang) dianggap sebagai tidak sayangkan negara.
Ini jangan kita keliru - iaitu di antara sayang negara dengan sayangkan ideologi sesuatu parti politik.
Saya tidaklah layak untuk memperkatakan hal ini, tetapi adalah tidak adil untuk seseorang itu dituduh sebagai tidak sayang negara, hanya kerana si polan itu tidak sebulu dengan tindakan yang dibuat sesebuah parti pemerintah.
Saya beri contoh.
Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah tokoh negarawan yang ulung. Beliau banyak menabur bakti dan bekerja untuk menukar negara ini dengan hasilnya dapat kita nikmati hari ini.
Sekalipun ada tindak-tanduk beliau yang menimbulkan ketidakpuashatian pihak-pihak tertentu, masih, beliau perlu diberikan kredit di atas usahanya untuk negara.
Namun, di dalam parti, yang mana selama lebih 20 tahun beliau menjadi Presiden UMNO, beliau dengan tidak semena-mena mengisytiharkan keluar parti demi memberikan tekanan supaya PM dan Presiden UMNO waktu itu, Tun Pak Lah, agar meletakkan jawatan seterusnya berundur dari kerusi yang disandangnya.
Hanya disebabkan ketidakpuastian Tun M terhadap 1 karektor iaitu Tun Pak Lah (yang tidak meneruskan projek-projek yang beliau luluskan sebelum bersara), Mahathir telah "membuang segala jasa" UMNO yang selama lebih 2o tahun memberikan kehidupan senang buat Tun, keluarga dan kroninya - dengan keluar parti.
Soalan saya: Apakah Tun M juga boleh dicap sebagai seorang yang tidak sayang negara, oleh tindakan beliau yang keluar UMNO dan kemudian berkempen secara menyerang Pak Lah dan UMNO dari luar?
Kalau Tun M sendiri yang berpuluh tahun "makan jasa" UMNO boleh membuang UMNO seperti itu, apalah sangat untuk ahli biasa keluar parti.
Harapnya pihak yang sering menuduh orang yang tidak sependapat dengan kerajaan di dalam hal-hal tertentu, supaya tidak lagi mereka-mereka ini dicap sebagai orang yang tidak sayangkan negara. Ini kerana ianya dua perkara yang berbeza.
Barangkali, jika benarlah ada usaha "merakyatkan" pendatang asing melalui pemberian mudah kad pengenalan (taraf warganegara), mereka-mereka inilah yang sebenarnya tidak sayangkan negara dan masa depan anak-cucu-cicit kita.
Selamat.
Sayang negara

No comments:
Post a Comment