Tadi saya berkesempatan menonton siaran "match of the day" dengan perlawanan terakhir menemukan kelab Fulham dan Aston Villa (AVFC).
Awalnya saya macam perasan, tapi takut salah teka. Kemudiannya saya "google" dan benarlah jangkaan awal saya iaitu AVFC kini secara rasminya ditaja oleh Koglomerat Genting.
Baca lanjut di sini: Genting signs as Principal Partner of Aston Villa Football Club
Sumber foto: sini
Sebelum ini, sebuah lagi koglomerat terkemuka negara iaitu TuneGroup (pemilik AirAsia) turut meneroka potensi EPL melalui pemasaran jenamanya pada baju pengadil-pengadil dan pegawai perlawanan.
Sumber foto: sini
Bukan sahaja logo yang dilekatkan pada jersi pasukan dan pengadil, jenama Malaysia turut diperkukuhkan lagi dengan kejayaan usahawan tempatan Vincent Tan Chee Yioun memiliki sejumlah 36.1% saham di dalam Cardiff City FC.
Sumber: sini
Di dalam "match of the day" sebentar tadi juga, kamera turut memfokus kepada Anthony Fernandes yang hadir di perlawan QPR menentang Bolton. Pengulas rancangan ada memperkatakan sesuatu 'kemungkinan', tetapi saya tidak mendengarnya secara jelas.
Mungkinkah Tony juga bakal menurut jejak langkah Vincent?
No comments:
Post a Comment