Apa yang dicoretkan ini bukanlah perkara baru melibatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan.
Setelah membacanya, saya kira inilah antara sebilangan kecil artikel yang "begitu berlapik" di dalam mengulas jawapan-jawapan "tepuk dahi" yang diberi oleh Timbalan Menteri ini semasa sesi dialog bersama rakyat (Mahasiswa, dalam kes ini).
Di sini juga, suka saya memetik komen oleh seorang ahli akademik mengenai isu perpecahan Melayu:
“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah
lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang
tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada
rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan
perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang
Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.
“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan
kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan
sebab itu perpecahan ini berlaku,”
- Prof. Madya Dr Muhammad Agus Yussoff (sumber: Melayu Pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar).
Ingatan
Pesan saya kepada para pembaca, tidak kiralah anda ini pendokong mana-mana fahaman politik-pun, untuk kali ini, gunakanlah kebijaksanaan anda (semuanya berpelajaran) untuk menilai daya intelektualiti dan rasionaliti seseorang yang telah diamanahkan untuk mensejahterakan hidup rakyat, apabila beliau tampil dengan jawapan-jawapan yang seperti berikut - rujuk artikel di akhir posting.
(nota: Dr Sepet sudah 6 kali "tepuk dahi".........barangkali inilah antara sebabnya mahasiswa "susah nak sokong" kerajaan. Dah Ahmad Maslan sendiri-pun tak nampak silap sendiri, mulalah semuanya "dikalih" kepada orang lain...alahai.)
---------------------------
Seloka Raya: Jawapan Timbalan Menteri kita - Sumber: SINI
Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis
dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa
universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.
Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.
Tetapi pada majlis
dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat
sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya
mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.
Pertanyaan
wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya
dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang
berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.
Cara Ahli Parlimen
Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan
dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya
menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.
Selain
gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak
pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan,
dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada
mengenai kejayaan peribadinya.
Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan
dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of
himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya,
“akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”
Berikut
adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan
beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah
ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!
Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana
sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah
pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum
Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu
menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar
sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”
Ahmad Maslan:
“Saya
tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung
tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang
benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya
dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.
“Tahun
ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar
Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia.
Saya hanya takut Allah.
“Mengapa
kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu
dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada
pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di
atas jalanraya.
“Tetapi
mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah,
macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan
pertama dalam proses demokrasi.
“Kemudian
negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi
berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita
boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon
berdasarkan akta-akta yang ada.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun
lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan
tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana
didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.
“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi
pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat
permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu
memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”
Ahmad Maslan:
“Malaysia
adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali
seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah.
Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan
suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak
keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau
mereka nak buat, silakan.”
Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”
Ahmad Maslan:
“Akta
itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia?
Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “
Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”
Ahmad Maslan:
“
Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau
dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “
Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan
kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa.
Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua,
mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini
bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah
Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”
Ahmad Maslan:
“Saya
dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya,
terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak.
“Kalau
saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang
tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila
berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa
selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan
melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya
pula.
“Saya
tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah
menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej
Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi
ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan
tak jadi hal bagi saya.
Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa
PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka
ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”
Ahmad Maslan:
“Kalau
anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia
adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk
ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.
Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”
Ahmad Maslan:
“Masuklah
IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun.
Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85
CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan
politik saya ada.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”
Ahmad Maslan:
“Saya
dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New
Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja
sangat.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk
cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa
pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar
AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “
Ahmad Maslan:
“Tunjukkan
kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang
tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.
“Saya
boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah?
Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh
demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam.
“Ceramah
pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti
pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab
saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat
permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit.
“Kita
tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi
kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah
bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah
kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi
Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu
dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk
pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar
hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan
penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan
permit daripada menteri.
“Dalam
AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan
atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang
bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka?
Adakah ia bercanggah dengan AUKU?
“Jangan
salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin
mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan
oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO
guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar
cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk
mahasiswa?”
Ahmad Maslan:
“Kalau
saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu.
Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya
tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal.
Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.”
Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”
Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah.
Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana
menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak
terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu
penubuhan jawatankuasa itu?”
Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”
Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.
Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”
Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “
Ahmad Maslan:
“Utusan
Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang.
60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada
hal. Orang lain boleh beli
Selesai
majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa.
Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan.
Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada
pandangan mereka, kurang pandai.
Lantas
saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam
Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,”
kata mahasiswa itu.
Apa pendapat pembaca pula?
Oleh Noor Hasilah Ismail
2 comments:
hahaha..soalan pertama tu takda pun student tu sebut walau sedikit pasal Anwar Ibrahim, tapi kenape Ahmad Maslan ni kurang akal or actually melatah and jawab pasal anwar ibrahim?.
sya rsa pak najib sewajibnya membuang menteri2 seperti ini, even kalau dia budak first class pun, kalau dah tahap pemikiran lagi teruk daripada budak kecil, nak buat apa. banyak menteri2 macam ni dalam kerajaan, yang melatah tak tentu pasal, tanpa hala tuju or sebab. Same goes to the opposition, they should also buang org2 yang tak boleh digunakan mcam ni.
Very well said Zul! Alang-alang Zul pun dah sebut, pemilihan pemimpin yang berkualiti dan layak memikul amanah bukan hanya perlu bagi survival parti kerajaan, malah dalam pembangkang pun sama. Tak semua pemimpin pembangkang itu baik, cekap dan berkualiti. Ramai juga yang cakap tapi tak pandai bikin.
Salah satu yang menarik dibangkitkan pelajar adalah mengapa kerajaan menggunakan "wang pembayar cukai" secara berat sebelah terutama hak sama rata semua pihak untuk menyatakan manifesto mereka di TV. Lepas itu biarlah rakyat buat pilihan.
Komuniti perniagaan (yang keluarkan cukai yang tinggi) pastinya meluat dengan tindak-tanduk sesetengah pihak memonopoli media arus perdana yang dibiayai dengan wang pembayar cukai.
Seharusnya peluang yang ada sebelum PRU13 ini perlu digunakan oleh Najib dan barisan pembangkang untuk membersihkan parti gabungan masing-masing. Buktikan yang anda memang mahukan perubahan dan mampu melakukan perubahan demi Rakyat!
Post a Comment