Sumber dan baca artikel penuh di SINI
Di sebalik kemajuan dan kecanggihan hidup masyarakat Jepun, masih ada segmen tertentu dalam masyarakatnya yang memiliki/mengekalkan nilai murni dan jujur sebegini.
Buktinya, di dalam menanggung kesusahan akibat pelbagai musibah-pun, akhlak yang baik tetap mereka pamerkan.
Barangkali nilai wang (beratus juta ringgit itu) sudah tidak mampu mengalahkan sikap jujur mereka, sehingga mampu memulangkan apa yang bukan milik mereka.
Kita perlu mengambil iktibar dan belajar daripada nilai murni sebegini. Ini kerana di sesetengah tempat, apa yang berlaku dan sering kita baca adalah, bukan sahaja ada di kalangan mereka tidak memulangkan apa yang bukan milik, bahkan mencuri (dan memunggah) pula harta orang lain secara tidak sah.
Moga menjadi panduan buat diri sendiri dan anda juga. Wassalam.
No comments:
Post a Comment